Monday, July 14, 2008

TAHNIAH DSU DR WAN AZIZAH

TAHNIAH DSU DR WAN AZIZAH ISMAIL



Sumbangan dan ketokohan Presiden KeADILan Dr Wan Azizah Wan Ismail diabadikan dalam sejarah negara apabila beliau dikurniakan darjah tertinggi Pulau Pinang: Darjah Utama Pangkuan Negeri sempena Ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Di rasmikan dalam suatu majlis sambutan ulangtahun pada Sabtu 12 Julai, anugerah yang dikurniakan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail itu membawa gelaran Datuk Sri Utama.

Respon DS ANWAR -

Azizah pernah ditawar dengan anugerah Dato’ lebih satu dekad lalu kerana sumbangannya dalam bidang kebajikan, persatuan orang buta, dan Puteri Islam. Beliau menolak dengan hormat atas alasan saya sudah pun menggondol banyak pingat.

Bulan lalu manakala Ketua Menteri mempelawa Azizah untuk menerima gelaran tersebut, beliau tetap menolak. Sdr Guan Eng merayu dengan saya tetapi saya menyokong keputusan Azizah. Tetapi akhirnya Azizah setuju setelah didesak YB Lim Guan Eng dan diperkenan Tuan Yang Terutama Pulau Pinang.

Ucapan sambutan YB Lim Guan Eng tatkala mengumumkan anugerah kelmarin dihargai.

Saya turut bangga.

ANWAR IBRAHIM

Mr Green -Tahniah kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail. Moga Allah memberi ketabahan dan kekuatan kepada beliau mengharungi ombak badai politik mutakhir ini. REFORMASI!

No comments: