Friday, July 25, 2008

ADILtv: Eksklusif Wawancara bersama Datuk Fauzi

Saksikan temubual Hafizh Mokhtar bersama jurukamera Ebrahim Harris dalam temubual bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai KeADILan, baru-baru ini.




PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.
Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

No comments: