Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .
Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.
“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.
Kesemua mereka mengalu-alukan kesediaan DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai langkah pertama menuju Putrajaya.Tahniah ! ayuh kita berkampung di KULIM untuk memastikan mereka tidak akan tipu rakyat lagi! berkempen secara berkumpulan kerana mereka akan gunakan segala tenaga dan jentera kerajaan untuk mematahkan kempen DSAI. adakan ceramah secara besar besaran.!Semoga Dato Seri Anwar Menang di KULIM! Insyallah!Mr Green
Post a Comment
No comments:
Post a Comment