Monday, July 14, 2008

FITNAH PERINTAH MAHKAMAH!

FITNAH PERINTAH MAHKAMAH!


Saya menegaskan bahawa Pakatan Rakyat tidak pernah mengambil keputusan untuk mengadakan satu perhimpunan di Parlimen esok.

Keputusan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat jelas iaitu untuk mengemukakan usul tidak percaya kepada kerajaan di bawah peruntukan 18(1) Peraturan Mesyuarat Parlimen.

Saya kesal kerana pihak polis sengaja mengaitkan nama saya dan Pakatan Rakyat dalam satu perintah mahkamah majistret yang diperolehi secara exparte oleh Ketua Polis Daerah Sentul bertarikh 13 Julai 2008. Majistret yang dikatakan membenarkan perintah tersebut adalah Tuan Nazran bin Mohd Sham. Perintah tersebut tidak diserah ke atas saya tetapi hanya ditampal di luar rumah pada hari ini.

Saya menganggap perintah mahkamah tersebut merupakan satu fitnah dan penyalahgunaan proses undang-undang. Saya akan mengarahkan peguam kami untuk memulakan proses undang-undang untuk mengenepikan perintah tersebut.

ANWAR IBRAHIM


Mr Green - Apa nak jadi sistem Mahkamah kita sekarang! Polis menjadi hamba abdi tunggangan UMNO/BN. Tak hairanlah pelabur pelabur asing makin menjauhkan diri dari melabur di Malaysia! Bikin Hati Gue Panas! Grr

No comments: