Tuesday, July 22, 2008

Petisyen Kulim: Mahkamah tangguh 19 Ogos

ALOR SETAR, 22 Julai (SK) - Mahkamah Pilihanraya hari ini menanguhkan perbicaraan kepada 19 Ogos depan bagi bantahan petisyen untuk membatalkan kemenangan Ahli Parlimen KeADILan bagi Kawasan Kulim Zulkifli Nordin.

Pada pilihanraya umum yang lepas, Parlimen Kulim dimenangi Zulkifli yang mengalahkan calon BN, Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5,500 undi.

Aziz mengemukakan petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli dan mendakwa calon KeADILan itu, pada hari penamaan calon gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004, ketika beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat, Selangor. Penyata itu merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon untuk melayakkan mereka bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Pada 16 Jun lepas, Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam kes petisyen untuk kawasan Parlimen itu.

Bantahan awal biasanya dikemukakan sebelum sesuatu perbicaraan dimulakan untuk menentukan sama ada sesuatu kes mempunyai asas yang kukuh untuk dibicarakan.


Hai tangguh lagi? sengaja ditangguh atau terpaksa ditanggukan? adakah menangguh kes ini berkaitan dengan ucapan DS Anwar di Jasin kemarin? tapi bukan Kulim saja kerusi bole ditandingi oleh DS Anwar.berpuluh lagi kerusi sedia dikosongkan.Apa pun kita bakal menyaksikan pilihanraya kecil kawasan parlimen yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Mr Green

No comments: