DEBAT HARGA MINYAK
Dato Seri Anwar Ibrahim
Penasihat Parti Keadilan Rakyat/Pakatan Rakyat
Datuk Ahmad Shabery Cheek
Menteri Penerangan Bolehland
Anjuran AgendaDaily
Dewan Bahasa dan Pustaka
PETALING JAYA: Forum berdebat membincangkan isu harga minyak antara Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek akan diadakan sebagaimana telah dirancang pada Selasa depan dengan kedua-dua mereka telah bersetuju format pidato yang ditetapkan.
Format debat juga telah dipersetujui oleh wakil Anwar iaitu Pengarah Strategi Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail dalam pertemuan dengan Agendadaily pada petang ini
Forum itu dianjurkan oleh Agendadaily.
Ahmad Shabery telah pun mengesyorkan format debat sebelum ini.
Pada pertemuan petang tadi, Anwar juga telah mengirim surat persetujuan untuk menyertai debat itu.
Ketua Pengarang Agendadaily, Rosli Ismail ketika dihubungi berkata, sebuah stesen televisyen juga telah menyatakan persetujuan untuk menyiarkan secara langsung debat itu.
Bagaimanapun beliau enggan menamakan stesen TV itu buat masa sekarang dan kos penyiaran juga telah dipersetujui pada dasarnya.
"Kami telah bersetuju untuk mengehadkan hadirin sehingga 200 orang sahaja supaya forum dapat berjalan dengan kondusif. Seramai 50 orang akan datang atas jemputan sebelah Anwar dan 50 lagi atas undangan Ahmad Shabey manakala baki 100 orang merupakan jemputan undangan kami," kata beliau.
Menjelaskan format berdebat, Rosli berkata, kedua-dua pemidato masing-masing akan diberi 10 minit untuk menyampaikan pandangan awak mereka dan ia akan disusuli dengan ulasan moderator yang dilantik.
Nama moderator juga dirahsiakan.
Sesi akan diteruskan dengan pertanyaan daripada pembahas sendiri dan kemudian pembahas akan dibenarkan untuk membuat rumusan masing-masing.
Forum satu setengah jam itu akan bermula pada pukul 9.30 malam dan disiarkan secara langsung dari Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Selepas Siaran Langsung Bolasepak Euro 2008,bagi aku Siaran Langsung yang bakal diudarakan ini bakal menjadi perhatian umum khususnya rakyat Bolehland. Mata dan Telinga luar Bolehland jugak bakal menyaksikan pertembungan summerslam 08 ini. walaupun bukan buku bertemu dengan ruas.tetapi mesej yang hendak disampaikan harus diketengahkan. wakil kerajaan ini silap besar kerana termakan umpanan penganjur.ia bakal berdepan dengan bekas menteri kewaangan terbaik diasia! bekas perdana menteri bolehland! dan juga bekas pemangku perdana menteri bolehland ini!..
Siapkan nota nota kecil....siapkan talian hayat!...wahai pak Menteri!
Biar Siaran Langsung ini berjalan dengan telus tanpa gangguan!..ambil wartawan luar yang berkaliber dan berpengaruh!.
Mr.Green
No comments:
Post a Comment