Thursday, July 17, 2008

DS ANWAR BEBAS! RAJA PETRA DIDAKWA!



ANWAR DIBEBASKAN... Selepas ditahan polis lebih 18 jam Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibebaskan atas jaminan polis, kata peguamnya Sankara Nair.

Beliau dibebaskan kira-kira 9.30 pagi tadi. Pada 18 Ogos ini, Anwar akan kembali memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur kira-kira pukul 9 pagi.

Alhamdullilah Allah menolongnya, terima kasih kepada rakyat yang sembahyang hajat untuk membebaskan DS Anwar dan mendoakan keselamatannya.

MR GREEN

Sementara itu




PETALING JAYA: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memfitnah termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.

Tohmahan itu didakwa dibuat dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan 10.25 pagi 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.

Pertuduhan itu berkait dengan akuan bersumpah yang menyentuh penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; pakar bahan letupan C4, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati Hassan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Jika disabitkan kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis manakala peguam J. Chandra mewakili Raja Petra.

Ketika dibacakan pertuduhan, Raja Petra yang berada dalam kandang tertuduh berkata, beliau enggan mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan itu.

Dalam pada itu, peguam Raja Petra meminta personal bon (ikat jaminan tanpa penjamin) kerana sebelum ini Raja Petra tidak makan dan tidur dalam penjara. Pihak pendakwaraya membantah dengan berkata ia tidak relevan.

Kira-kira pukul 1.15 petang tadi, Majistret Nazran Mohd. Sham yang mengendalikan kes tersebut memutuskan Raja Petra boleh diikat jamin dengan RM2,000 atas tiga tuduhan itu.

Setelah 90 minit berlalu, Raja Petra menerima keputusan mahkamah dengan ikat jamin RM2,000. Perbicaraan seterusnya disebut pada 15 Ogos depan.

Beliau tiba di pekarangan makhamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.

Sebelum dihadapkan di mahkamah Jalan Duta, Raja Petra dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan kemudian dibawa mahkamah Jalan Duta untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Ketika di IPK KL, Raja Petra turut ditemani oleh isterinya, Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.

Polis telah memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.

Pada hari itu Raja Petra Kamaruddin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.

Dedahkan diMahkamah.Keluarkan bukti bukti.Sumbat mereka ke "Neraka Dunia!"

MR GREEN

No comments: