Sunday, August 31, 2008

Thursday, August 28, 2008

Parlimen - Suara DS Anwar

Beliau baru sahaja mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pagi ini, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menunjukkan taringnya dalam Dewan Rakyat ketika mencelah perbahasan Rang Undang-Undang Identifikasi Asid Deoksiribonukleik (DNA) 2008.

Anwar, yang juga baru dilantik sebagai Ketua Pembangkang, bangun selepas Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BNPasir Salak) mencelah perbahasan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) untuk bertanya sama ada Majlis Peguam masih merupakan badan yang 'mempunyai kredibiliti' untuk memberikan pandangan mereka berhubung rang undang-undang itu selepas pelbagai kontroversi berhubung badan peguam itu.

Mempertahankan pandangan Dr. Siti Mariah bahawa pendapat badan peguam itu perlu dirujuk dalam merangka rang undang-undang itu, Anwar sebaliknya secara sinis bertanya anggota dewan itu tidakkah kerajaan yang korup lebih rendah kredibilitinya berbanding badan peguam itu.

"Ini, kerajaan yang membentangkan rang undang-undang ini Isnin lepas tanpa memberi peluang kepada anggota Parlimen, termasuk rakan-rakan di sebelah sana (BN) untuk mengkajinya, dan membentangkannya dengan tergesa-gesa.
"Rang undang-undang ini dipersetujui oleh orang politik yang rakus tapi dibantah semua pakar, badan bukan kerajaan, bukan sahaja Majlis Peguam tetapi juga badan-badan hak asasi manusia... ternyata kerajaan dan Kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat,"
katanya.

Tambang bas naik 30% untuk Hari Raya

Tambang bas naik 30% untuk Hari Raya
Aug 28, 08 4:53pm

Kerajaan membenarkan pengusaha bas mengenakan surcaj 30 peratus ke atas harga tiket bas ekspres dan bas henti-henti bagi musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Noh Omar berkata kadar surcaj, yang berkuatkuasa selama sebulan mulai 15 Sept ini, langkah sementara sebelum kementeriannya membuat keputusan kenaikan kadar tambang.

TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA SEKARANG YG SANGAT PERIHATIN DGN MASALAH RAKYAT!

AL FATEHA - AHMAD MAHMUD!

IN'NALIL'LAHIWAINAL'LILAHIRAJIOOUN



PETALING JAYA: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud, 85 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Seniman lagenda yang terkenal dengan watak Raja Bersiong dan Dr. Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10 malam semalam di kediamannya di sini, No 21, Jalan SS1/35 Kg Tunku.

Ahmad Mahmud, 85, sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Jalan Bukit Pantai disebabkan uzur dan penyakit buah pinggang yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu.

Menurut anak saudara Ahmad, Rafiah Bakar, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku pada pukul 11.30 pagi ini untuk dimandikan dan disembahyangkan oleh pihak masjid sebelum di bawa ke tanah perkuburan tersebut sekitar pukul 2 petang tadi.



Berita awal

KUALA LUMPUR: Seniman yang popular dengan watak Dr Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang.

Berita Selanjutnya

HARI INI DALAM SEJARAH





MALAYSIA TODAY NEW URL

Wednesday, August 27, 2008

SPR KENA JAWAP!

Salam para bloggers serta para pembaca..

Malaysia bakal kecoh lagi.Kenapa? Anda kiralah sendiri pengiraan undi yang saya buat ini.

Pengundi berdaftar permatang pauh =58,449 orang. (Senarai pemilih 2007
dan suku tahunan pertama 2008)

Jumlah yang keluar mengundi =65.25% bermakna 58,449 di darab 65.25% bersamaan 38,137 orang pengundi. dari 38,137 pengundi, Maka anda tolakkan undi rosak sebanyak 447 (38,137-447=37,690), Dan tolakkan lagi 92 undi untuk AKIM (37,690-92=37,598). Dato Seri Anwar Ibrahim memenangi pilhanraya kecil p44 permatang pauh dengan undi 31,195 manakala Arif Shah dengan undi sebanyak 15,524 undi.

Cuba anda tolakkan jumlah pengundi yang mengundi pada 26-8-2008 dengan bilangan undi DSAI seramai 38,137-31,195 maka akan di temui jawapannya sebanyak 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah dan persoalan BESAR disini kenapa SPR menetapkan undi untuk calon BN sebanyak 15,524 undi? err.. baki cuma 6942.. mana datang lagi 8582 undi?

Pihak berwajib khususnya SPR kena jawab persoalan ini. Anda tak percaya? KLIK sini. Anda kiralah sebebas-bebasnya!!

SUMBER - http://dzulhaqq.blogspot.com

DS Anwar masuk Parlimen esok!

DS ANWAR AKAN ANGKAT SUMPAH DI PARLIMEN PADA 28 AUG 2008

SPEAKER DEWAN RAKYAT TAN SRI PANDIKAR AMIN MULIA TELAH MENERIMA SURAT DARI SPR MENGESAHKAN DS ANWAR BIN IBRAHIM ADALAH AHLI PARLIMEN PERMATANG PAUH.






Sumber - Langsung Dari Palimen dibaca oleh Speaker Dewan Rakyat

KENYATAAN MEDIA ANWAR



PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kita tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan anda semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Tuesday, August 26, 2008

MERDEKA BERSAMA DS ANWAR







PARLIMEN WELCOME BACK ANWAR



PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali muncul Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Beliau mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicapai oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Dalam keputusan rasmi diumumkan sebentar tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi manakala AKIM menerima 92 undi.

difahamkan Anwar menang di kebanyakan daripada 28 daerah mengundi.

Keputusan penuh pilihan raya kecil ini diumumkan di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.

Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.

Pada pilihan raya umum Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.

Pada pilihan raya kecil ini, Arif Shah, 51, menghadapi tentangan Anwar, 61, dan calon AKIM, Hanafi, 61.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, Dr. Wan Azizah mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.

Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.

P44 - ANWAR LANDSLIDE VICTORY



TERKINI.

KEPUTUSAN KESELURUHAN

22.15 pm

ANWAR IBRAHIM TELAH MENANG DENGAN MAJORITI 15,671

ANWAR IBRAHIM
31,195

ARIF SHAH
15,524

AKIM 74 UNDI SAHAJA


AL FATIHAH

AYUH BERSYUKUR KERANA ALLAH MEMBANTU USAHA KITA !

ALHAMDULLILAH!

P44 - Menanti Keputusan


REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!

DOOMSDAY FOR BN!





DOOMSDAY FOR BARISAN NASIONAL!

WELCOME BACK DS ANWAR IN PARLIMENT!

THANKS DATO SERI WAN AZIZAH FOR YOUR CONTRIBUTIONS !

THANKS PERMATANG PAUH VOTERS!

SPECIAL THANKS PAS VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!
SPECIAL THANKS PKR VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!
SPECIAL THANKS DAP VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!

SPECIAL THANKS BARISAN NASIONAL VOTER WHO SWING VOTE FOR DS ANWAR!

THANKS TO BARISAN NASIONAL WHO GIVE FREE CAMPAIGN FOR PARTY JUSTICE PEOPLE'S

THIS COUNTRY IS NOT BELONG TO UMNO OR BN
THIS COUNTRY BELONG TO MALAYSIAN PEOPLE

P44 - PESTA BERMULA!



PROFILE CALON

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
  • TARIKH LAHIR: 10 Ogos, 1947

  • LAHIR: Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang

  • ALAMAT: No 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

  • NAMA ISTERI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

  • ANAK (6):
    • Nurul Izzah
    • Nurul Nuha
    • Mohd Ihsan
    • Nurul Ilham
    • Nurul Iman
    • Nurul Hana


  • JAWATAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)

  • PENDIDIKAN:
    • Sekolah Kebangsaan Cherok To' Kun Bukit Mertajam,
    • Stowell High School, Bukit Mertajam
    • Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1960-1966
    • Universiti Malaya (1967-1971)


  • KERJAYA:
    • 1970 : Pengasas dan Pengarah Yayasan Anda Akademik
    • 1971 : Pengasas dan Presiden ABIM
    • 1974-1982 : Presiden ABIM.
    • 1982 : Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
    • 1982 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
    • 1983-1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
    • 15 Julai 1984-1986 : Menteri Pertanian
    • 1986-1991 : Menteri Pelajaran
    • 15 Mac 1991-3 September 1998 : Menteri Kewangan
    • 1 Oktober 1993-September 1998 : Timbalan Perdana Menteri
    • 9 Mei 1997 - Pemangku Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) bercuti dua bulan)
    • 3 September 1998 - Datuk Seri Anwar dipecat daripada kerajaan
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROFIL CALON

DATUK ARIF SHAH OMAR SHAH
  • TARIKH LAHIR: 2 November 1956

  • ALAMAT: No 34, Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya

  • NAMA ISTERI: Datin Latifah Asmawi

  • ANAK (5):
    • Izwan Shah (bekerja di Kuala Lumpur)
    • Izham Shah (pelajar UiTM Shah Alam)
    • Nur Latifah (pelajar UiTM Shah Alam)
    • Izhar Shah (Tingkatan Dua)
    • Izrin Shah (Tahun 5)


  • JAWATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya (sejak 2004)

  • KELULUSAN:
    • Diploma Kejuruteraan Awam
    • Pakar dalam Bahan Binaan dan Bentuk Marmar dari Gruber International Velentia, California.
    • Sedang mengikuti pengajian luar kampus peringkat PhD di Edison University of Technology


  • ANUGERAH: Fello Kehormat Persatuan Pengamal Perniagaan United Kingdom.

  • PENGALAMAN:
    • Ahli Majlis Exco Pembangunan Luar Bandar
    • Ahli Majlis Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi
    • Ahli Majlis Exco Penamaan Jalan dan Tempat
    • Ahli Majlis Exco Perumahan
    • Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Pengguna negeri


  • JAWATAN DALAM BADAN BERKANUN:
    • Ahli Jawatankuasa Belanjawan & Kewangan Perda
    • Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Perda
    • Ahli Jawatankuasa Perancangan Strategik Perda
    • Ahli Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Perda
    • Ahli Lembaga Pengarah Perda
    • Pengerusi Jawatankuasa Projek Kilang Jus Perda


  • JAWATAN POLITIK:
    • Ketua Umno Cawangan Sri Kalui
    • Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh
    • Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh
    • Bekas Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PROFILE CALON

HANAFI MAMAT
  • USIA: 61 tahun

  • ASAL : Tanah Merah, Kelantan

  • NAMA ISTERI: Zainab Seman

  • ANAK : 12 orang

  • PENDIDIKAN:
    • Sekolah Melayu Tanah Merah, Kelantan
    • Sekolah Pondok Tanah Merah, Kelantan


  • KERJAYA: Ahli Perniagaan (Hartanah)

  • KERJAYA POLITIK :
    • Pengerusi Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) sejak 2002
    • Ahli Pas selama 10 tahun sebelum menyertai Akim pada 1995.
    • Bertanding tiket Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Merah pada 1990

SPR KANTOI!




BERITA


SPR TIDAK TAHU MENJAWAB SENARAI YANG TIDAK DIWARTAKAN


PERMATANG PAUH, Institut Perguruan Tuanku Bainun 25 OGOS - Suruhanjaya Pilihanraya tergamam dan khusut apabila meraka tidak dapat menjawab pendedahan Fuziah Salleh berhubung daftar pemilih yang tidak diwartakankan (digezetkan) dan antara yang dikemaskini.

Datuk Kamarulzaman, Setiausaha SPR yang memberikan kenyataan media terkejut kehadiran Fuziah Salleh dan Sivarasa Rasiah dalam sidang berkenaan apabila daftar pemilih yang tidak sah digunakan dalam pilihanraya kecil ini.

Pihak media yang turut hadir binggung bagaimana Setiausaha SPR tidak tahu menjawab soalan ini malah cuai sehingga senarai nama yang tidak digezetkan boleh digunakan.

"SPR berjanji akan mengadakan sidang akhbar menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun PKR masih menyifatkan senarai tersebut tidak berintergriti" jelas Sivarasa Rasiah.

Hari pembuangan undi akan diadakan esok 26hb. Ogos, seluruh rakyat Pulau Pinang diumumkan cuti pada hari berkenaan.

P44 - MENGGUNAKAN DAFTAR PEMILIH YANG TIDAK SAH



PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 24 OGOS - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dipertanggungjawabkan kerana menggunakan Daftar Pemilih yang tidak sah untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, apabila mengunakan daftar pemilih yang tidak di'warta'kan (non-gezeted).

"Daftar pemilih yang digunakan kali ini cukup pelik kerana semakan daftar pemilih online umum tidak sama semakan daftar pemilih khas pilihanraya kecil permatang pauh" jelas Fuziah Salleh, Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat.

Menurutnya lagi, seramai 949 nama hilang, dalam daftar pemilih yang di'warta'kan pada 19 Jun, 2008.

868 masih di Permatang Pauh, namun tidak dapat mengundi kerana nama mereka dalam senarai kemaskini (update) bertarikh 31 Julai 2008 yang tidak di'warta'kan digunakan.

Dalam senarai kemaskini tersebut, seramai 861 nama dimasukan, manakala 868 nama dihilangkan.

Senarai kemaskini tersebut hanya dicetak SPR untuk diserah kepada parti-parti bertanding hanya berikan semalam 23 OGOS, 2008.

Penambahan pengundi kurang seratus orang adalah pembohongan.

Mengikut amalan dan peraturan pilihanraya senarai daftar pemilih yang digezetkan sahaja boleh digunakan untuk sesuatu pilihanraya yang berlangsung.

PKR telah menghantar bantahan di SPR semalam.

SPR kini telah menjadi bahan cemohan umum dan meminta badan itu agar berhenti dari bersekongkol dengan parti memerintah, BN.

Monday, August 25, 2008

AWAT NAJIB GELABAH?

Keputusan kerajaan Pulau Pinang memberi cuti umum Selasa ini sempena hari mengundi pilihanraya kecil Permatang Pauh bermotif politik semata-mata, kata timbalan perdana menteri."

Ini pertimbangan politik sebenarnya dan tidak pernah dalam sejarah kita perisytiharan cuti umum dibuat untuk pilihanraya kecil," kata Datuk Seri Najib Razak selepas melawat bilik gerakan BN Mengkuang Titi.

Menurut laporan Bernama, tindakan ketua menteri Lim Guan Eng itu "tidak perlu kerana pilihanraya itu untuk satu kerusi parlimen sahaja" dan bukannya seluruh Pulau Pinang.

BERITA SELANJUTNYA

Awat bang Najib berpeluh...panas ka...Hahhaa baru tahu langit tinggi rendah.Tak pernah sejarah buat pilihanraya hari Selasa tau.Silap negeri la nak buat hari Selasa.Ni bukan Pahang.Ni Penang! Negeri Pakatan Rakyat perintah.Kalau korang buat Pilihanraya hari Selasa! apa salah KM bagi cuti.Nak main taktik kotor pun kena buat banyak homework.kalau buat pilihanraya hari selasa macam mana orang nak keluar undi.kata UNDI ADA SATU KEWAJIBAN.Lu pikir sendiri la beb!

Mr Green


RAMLANG BONGKAR RAHSIA

Seorang imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menyaksikan acara bersumpah laknat Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini mencipta kegemparan apabila berucap di atas pentas PKR dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Ramlang Porigi menjelaskan beliau telah diarahkan hadir di majlis sumpah pemuda itu pada 15 Ogos lalu, yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, calon PKR di kawasan parlimen itu.


BERITA SELANJUTNYA

Alhamdullilah.Allahu Akbar! Takut kerana Allah...sebaik baik perancangan
manusia,baik lagi rancangan Allah!

Tahniah Ramlang Porigi kerana tidak mahu terbabit dalam kancah politik
kotor ini.Semoga Allah selamatkan anda.

Mr Green

Sunday, August 24, 2008

CADANGAN AKU DITERIMA .!ALHAMDULLILAH

LATEST TODAY 24 Aug 2008!

BUKIT MERTAJAM: Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini mengumumkan kerajaan negeri bersetuju mengisytiharkan Selasa 26 Aug 08 ini sebagai cuti umum khas di seluruh Pulau Pinang.

Hehehehe............NAMPAKNYA....BULAN MENGAMBANG PENUH HARI TU....SULUH PERMATANG PAUH.TAK PAYAH GUNA SPOTLIGHT HALIKOPTER!- Mr Green


Posting pada 22 Aug kemarin......

NI KOMEN AKU KAT BLOG ANWARIBRAHIMBLOG.COM

Mr Green Aug 19th, 2008 at 1:46 am

DS ANWAR

Alangkah bagusnya kalau kerajaan negeri P.Pinang mengumumkan cuti khas untuk penduduk Penang pada 26hb Aug 2008.

Mau kancing mulut BN kalau 26hb cuti umum utk P.Pinang



Ini respon KM LIM GUAN ENG

Aug 22, 08 7:41pm
Penang Chief Minister Lim Guan Eng has not ruled out the possibility of declaring a state holiday next Tuesday to allow voters to cast their ballots in the Permatang Pauh by-election.

Saturday, August 23, 2008

SUMPAH SI BANGANG




NI CONTOH "PRODUK UMNO" YANG SANGAT BANGANG!

ALLAH s.a.w?



NI SHIEKH SAIFUL,PATUT LA UNITEN TENDANG HANG KELUAQ! PUNYALAH SAMDOL.ELOK HANG PI BELAJAQ SEBUT ALLAH swt BETUI BETUI.



BOM BARU UTK PERMATANG PAUH!



Malaysia Today

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak on Friday night swore in Masjid Jamek Guar Perahu near here (Permatamg Pauh) that he did not know or had any connection with Mongolian woman Altantuya Shaarribuu who was murdered in 2006 in Puncak Alam, Selangor. Najib said he was making the swearing although it was not an official swearing made on the Quran.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi (With Allah as my witness) I swear I do not know or have any connection with the Mongolian woman. I do not know if others want to swear or not but I know I did no wrong. This is between me and God," he said. (Bernama, 23 August 2008)

That same day, Thagarajoo a/l Thangavellu also swore, through a Statutory Declaration, that Najib and his wife, who may be born Muslims, are practicing Hindus. Would, therefore, Najib’s oath, performed the so-called ‘proper’ Islamic way, be valid after all?



Sumber - Malaysiatoday

WOW...HANGPA GELEDAH RUMAH DIA..AMIK KOMPUTER DIA...

NAH DIA BAGI KITA YANG NI PULAK!...NALLA NALLA....

BACA JGN TAK BACA

Contoh Pemimpin BN!

Sorathabaq Singapore The Newpaper (23AUG08 Page 22) tulis pasal Arif Shah Calon BN p44

"He's Aiming fo 8-8-8

Datuk Arif Shah plans to step into the polling booth at SK Seberang Jaya 2 at precisely 8am on Tuesday to cast his vote.He said that he wanted to maintain the triple eight effect that day.

Polling is on 26th and the year is 2008

if you add 2 and 6 it equal 8.the 2 in the beginning of 2008 is perceived as going toward the number 8.which is at the end.So there are two 8s derived from two dates and i'll enter the polling centre station at 8am the third 8

Besides Mr Arif Shah's voting slip also has 8 in it - his slip is no 978

The Chinese view 8 as a lucky number-the number sounds like word prosperity in Cantonese."
SAPA PERCAYA FENGSUI SEPERTI TUKANG TELEK...MAKA KUFURLAH DIA....

HABAQ KAT ARIF SHAH......DIA NAK TRIPLE EIGHTKAN?.......DIA AKAN DAPAT....TAPI BUKAN NO FENGSUI! TAPI

888 UNDI SAJA!
Tak salah kita tau cakap cina.bergaul dengan orang cina...tapi sampai dah percaya pada angka angka fengsui ni...ni kes berat beb!...bole kufur*tgk link atas. Tu belum tau lagi dia main ekoq ka dak..wallahualam!...

Terpulang pada penduduk Permatang Pauh dan pengundi Hantu...Siapa bakal hangpa Pilih!

Tahniah la kalau BN letak Calon yang percaya benda kurafat ni! Gila!

Friday, August 22, 2008

Kerusi Pakatan di Parlimen kini 84 - Anwar

PERMATANG PAUH: Pakatan Rakyat yang yakin akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pertengahan bulan depan sudah pun memiliki dua kerusi tambahan di Parlimen?

Jika mengambil kira ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen di kawasan Seberang Jaya malam tadi nampaknya Pakatan Rakyat sudah pun memiliki 84 kerusi.

Dalam ceramahnya itu Anwar berkata: "Kita sudah ada 82 kerusi, bukan, kita sudah ada 84 kerusi (di Dewan Rakyat)."

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika ditanya mengenainya mengesahkan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Anwar malam tadi.

"Ya, betul," katanya.

Adakah Anwar merujuk kepada kemungkinan dua kerusi Parti Maju Sabah (SAPP), Tian Chua memberikan formula yang lain.

Katanya, dua kerusi itu tidak membabitkan SAPP, sebaliknya Gerakan.

Kata Tian Chua, pihaknya "sangat pasti dengan kemungkinan dua anggota Gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat."

Baca ni pula

ALOR STAR: Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menasihatkan ahli-ahli parti itu supaya tidak membuat sebarang keputusan berlandaskan emosi.

Katanya setiap pandangan yang ingin dikemukakan perlu dibincangkan secara mendalam supaya sesuai dengan keadaan politik negara.

"Kita perlu mengambil kira kekuatan parti, bagi mencapai sesuatu keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Kedah di sini hari ini sebagai usul Pemuda Gerakan supaya parti itu keluar daripada Barisan Nasional sekiranya BN gagal menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

SEMENTARA ITU

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 OGOS - Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan sepatutnya pimpinan negara resah akan kedudukan ekonomi negera berbanding memainkan sentimen perkauman terutamanya sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.




LU PIKIR SENDIRI LA BEB! AMACAM GERAKAN ANGKAT KAKI LA!

DEBAT ANWAR - ARIF

Sebuah badan bukan kerajaan mencadang supaya calon Barisan Nasional (BN) dan PKR mengadakan debat rakyat untuk memberi peluang kepada penduduk Permatang Pauh menilai siapakah yang terbaik buat mereka.

Badan tersebut - Teras Pengupayaan Melayu (Teras)- yang mendakwa tidak terikat dengan mana-mana organisasi politik, berhasrat untuk menganjurkan debat rakyat tersebut.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

"Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani," katanya.
Aku mengalu alukan Debat ini kerana seluruh Malaysia dan Dunia mengfocus kearah pilihanraya kecil P44 ini.Serentak dapat pengundi Permatang Pauh dan Rakyat menilai mana satu Mutiara dan mana satu kaca.

Adakah Calon Barisan Nasional berani berdebat?.....sat sat nak telepon Najib sat..Haloo Boss..cheng chong chen chong debat cheng chong....



POLIS RAJA DIMALAYSIA ATAU....

Hurm aku nak tinggal sekejap cerita Pilihanraya P44 ni...

Ni apa kes ni.Polis belasah wanita dan kes rogol anggota polis ni.Bukankah diamanah suruh jaga orang ramai dan rakyat Malaysia?.

POLIS RAJA DIMALAYSIA ATAU POLIS DIRAJA MALAYSIA?

Kalau ini lah sikap POLIS MALAYSIA alamatnya tak selamat la MALAYSIA.Bagaimana rakyat nak percaya dengan POLIS kalau kes ni berlaku.walaupun kes ini terpencil...tapi rakyat memandang serious atas apa yang berlaku.

Kes Nurin dan Adik Sharlene Hilang ntah indah kabar dari rupa.Sampai sekarang belum dengar khabar berita.Ayah Nurin pundah saman POLIS!.

Inikah contoh SEDIA BERKHIDMAT cogankata POLIS DIRAJA MALAYSIA yang dibangga banggakan?....

Tepuk dada tanya selera...selera mana anda pilih!


Kes Satu

KUCHING: Seorang wanita berusia 22 tahun cedera dibelasah seorang anggota polis berpangkat koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak yang turut mengacukan pistol ke arah mangsa dalam kejadian yang berlaku malam tadi.

Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan kejadian itu berkata, koperal terbabit kini dalam tahanan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Kes Dua

KUALA LUMPUR: Seorang remaja berumur 17 tahun hari ini menfailkan saman terhadap seorang anggota polis dan dua yang lain berhubung kejadian rogol dan seks oral yang dilakukan oleh polis itu, Jun lalu.

Pelajar itu menfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.

Beliau menamakan Konstabel Jamil Abdul Sah, Ketua Polis Balai Putra Heights, Puchong, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Jamil yang kini digantung tugasnya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 18 Julai lalu, atas satu pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap pelajar itu

Sumber Berita Harian.

Wednesday, August 20, 2008

Usaha halang AP P.Pauh Masuk Parlimen sebelum bajet?

SPEAKER Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, berkata proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru selepas keputusan pilihan raya kecil itu diketahui pada 26 Ogos ini, tidak perlu dilakukan secara tergesa-gesa.

Katanya lagi, Ahli Parlimen terbabit akan mengangkat sumpah mengikut amalan biasa iaitu selepas beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Ia boleh dilakukan bila-bila masa tetapi tidak perlu tergesa-gesa untuk mengangkat sumpah. Apabila saya diberitahu mengenai perkara itu oleh SPR, saya akan berjumpa dengan pemenang pilihan raya berkenaan dan akan buat keputusan masa yang sesuai untuk melangsungkan proses angkat sumpah sebagai Ahli Permatang Pauh yang baru," katanya kepada pemberita apabila ditanya kemungkinan proses angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh akan diadakan pada hari pembentangan Bajet iaitu 29 Ogos depan iaitu tiga hari selepas hari pengundian.

Adakah rancangan dengan melambat lambatkan angkat sumpah ini supaya Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak berada diParlimen sehingga Bajet dibentangkan?...

Mr Green

PKR "Si Tanggang" - Shahrizat Jihad

BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Wanita UMNO Permatang Pauh memberi komitmen untuk menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang disifatkan sebagai 'Si Tanggang' kerana tidak menghargai jasa pemimpin dalam membangunkan negara.- Shahrizat Jalil

Artikel penuh

Kemarin Jihad...hari ni cerita Si Tanggang pulak!. Hai Shahrizat semenjak kalah PRU12 kemarin makin lama makin mengarut cakap.patut la lembah pantai tolak hang!

Mr Green

Monday, August 18, 2008

GERAKAN LEADER QUITS PARTY

Barely 24 hours after he voiced his support for opposition leader Anwar Ibrahim in the Permatang Pauh by-election, Gerakan leader Dr Toh Kin Woon has quit his party.- Malaysiakini

Before he quits this is what Dr Toh respond 24 hours ago..









HAHAHAHA pakat tinggalkan pondok usang! yang bakal roboh nanti...

Mr Green

Saturday, August 16, 2008

SAI-FULL OF LIES!

I’ve done this for God and I took my oath in the house of God, that I was humiliated and sodomised by Anwar Ibrahim and I do not wish to lie to the world as he has done’ - statement by Mohd Saiful Bukhari Azlan after swearing on the Holy Qur’an at the Masjid Wilayah at Jalan Duta yesterday, as reported by Malaysiakini.


Er, Saiful, you did lie to the whole world yesterday
.

Saiful was asked by a reporter to explain how the timing was so close to nomination date for the Permatang Pauh by-election.

Saiful replied : It’s all a coincidence. We don’t know that Anwar is going to contest…

Yet, on 2nd August, Malaysiakini reported that in a posting in Saiful’s blog on 1st August, ‘Saiful also briefly wished Anwar ‘good luck’ in contesting for the Permatang Pauh by-election’.

This is what Saiful posted in his blog on 1st August : Kepada DSAI, saya mengucapkan selamat bertanding

Wednesday, August 13, 2008

Calon BN di Permatang Pauh terjawap!



GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah malam ini diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh, 26 Ogos ini.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak jam 10.21 malam pada majlis pelancaran jentera BN bagi pilihan raya kecil itu di Pusat Konvensyen Sunway Carnival.

Beliau mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku Pengerusi BN.

-----------------------------------------------------------------------------------

Datuk Arif Shah Omar Shah is the Barisan Nasional candidate for the Permatang Pauh parliamentary seat by-election.

Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak made the announcement in Permatang Pauh Wednesday night.

Arif Shah is the assemblyman for Seberang Jaya, which is among the three state seats under the Permatang Pauh parliamentary constituency.

PM dan TPM di Kuching buat apa?

PM TPM tiba di Kuching

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk menghadiri Jamuan Perdana Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia 2008 di sini, malam ini.

Pesawat khas yang membawa Abdullah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 7 malam manakala Najib tiba jam 4.30 petang.

Ketibaan kedua-dua pemimpin secara berasingan di LTAK disambut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu dan anggota Kabinet negeri. Perdana Menteri dan timbalannya yang menjadi tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Petra Jaya itu dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas majlis itu.

Isteri wakil rakyat BN yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah sudahpun berada di Kuching sejak dua hari lalu.

Turut berada di Kuching ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor. Program itu diisi dengan pelbagai aktiviti, antaranya seminar bertema “Bersama Ke Arah Kesejahteraan Kanak-Kanak Sejagat”, program bina semangat bertema “Menghayati Warisan Budaya Negeri Sarawak” dan acara Titian Kasih untuk beramah-mesra dengan kanak-kanak dari badan amal dan kebajikan dan penyerahan derma. — Bernama


Rajin pulak Kepala bapak menteri dan Deputy kepala bapak menteri ke Sarawak sekarang ni.kununnya jamuan perdana isteri wakil rakyat.Risau APs Sarawak lompat parti ka? sampai dua dua turun.Sekali dorang tumpu kat Sabah Sarawak tiba tiba tup yg lompat APs semenajung..haha padan muko!.

Mr Green

TheTodayOnline - UMNO women delcare Jihad




Dah nak berjihad pulak dah.apala yang depa merepek ni.saat saat paling hampir dengan pilihanraya kecil P44. Barisan Nasional nampaknya amat terdesak untuk menyekat kemaraan "tentera ANWAR" untuk merampas Putrajaya dari mereka.Semoga Wanita UMNO betul betul berjihad..haha jap nak muntah!

Mr Green

Monday, August 11, 2008

PROJEK BARISAN NASIONAL




Malaysiakini reported that the Kuala Lumpur High Court had last month ordered UMNO to pay a whopping RM218 million claimed by Kelana Jaya based Elegant Advisory Sdn. Bhd. being payment for supplies of posters, badges, banners and caps during the March 2004 general elections, which UMNO had refused to pay.

The decision was a judgment in default delivered by High Court's Assistant Registrar Ahmad Faizadh Yahaya on 17 July 2008 after UMNO's lawyers failed to appear in court. The poll merchandise scandal was highlighted by Malaysiakini in a series of exclusive reports three months after the 2004 general elections, where Barisan Nasional won with a landslide victory.

In the suit, which was initiated by Elegant Advisory Sdn. Bhd. in June this year, the company had claimed a sum of RM218,013,475 as compensation from UMNO for the supply of the election campaign materials include posters, banners, buntings, flags, souvenirs, mineral waters and other transportation costs. The claim was made on the basis of Section 71 of the Contracts Act 1950 in which UMNO is obliged to pay the campaign materials to Elegant Advisory Sdn. Bhd.

UMNO's treasurer Abdul Azim Mohd Zabidi was named as the sole defendant on behalf of the party in the suit filed through Elegant Advisory's counsel, Termizi & Co. while UMNO was represented by Hafarizam Wan & Aisha Mubarak. "With the supply of these campaign materials to UMNO, UMNO has enjoyed the benefits from it when UMNO (as a Barisan Nasional component party) won the 11th General Elections with an overwhelming poll victory," said the statement of claim.

The company revealed UMNO had tried to settle the matter once by requesting a meeting with Elegant Advisory in September 2006 and this effort however failed as "no reasonable amount" was offered. Elegant Advisory said it had also tried to contact UMNO numerous times later to settle this matter, including sending e-mails to Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi through his website, but to no avail.

The company claimed as a result of the unsettled payment, it has suffered losses and jeopardised its business reputation among its suppliers. With UMNO's failure to make an appearance in court, the High Court on 17 July 2008 ordered the ruling party to pay Elegant Advisory the entire sum, with interest, as demanded by the company. Nevertheless, UMNO is now making effort to set aside the judgment in default by claiming that it was Barisan Nasional and not UMNO that ordered and used these items

Haah! Duit ni belum settle...ada hati nak kempen kat Permatang Pauh. Berapa pulak dilaburkan untuk beli perkakas bahan kempen pilihanraya kecil ini? nah satu lagi PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL untuk RAKYAT MALAYSIA khusus untuk Permatang Pauh!

Mr Green

Sunday, August 10, 2008

Ulang Tahun DSAI

SELAMAT ULANG TAHUN YG KE 61

DATO SERI ANWAR IBRAHIM

10 Ogos 2008



Selamat Ulang Tahun Yg ke 61 Dato Seri Anwar Ibrahim

Semoga Anda dilindungi Allah s.w.t dan segala fitnah dunia.

Mr Green

Thursday, August 7, 2008

Sayang mereka kepada Saifool

Sayang sungguh mereka kepada Saifool.Sehingga Menteri Dalam Negeri secara sukarela mempertahankan pengadu sedangkan tuduhan keatas DS Anwar 377B. Liwat secara sukarela.

Mohamad Saiful Bukhari Azlan tidak didakwa di mahkamah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tuduhan liwat kerana dia merupakan pengadu yang mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR itu,

"Patutkah kita mendakwa orang yang membuat laporan polis, mendakwa kejadian itu berlaku? Kita mesti ingat juga bahawa Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya oleh mahkamah,"
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar


Wahai Bapak Menteri.Apa beza Saifool Bukhari dan Raja Petra? Kenapa Raja Petra ditahan sedangkan beliau seorang pengadu berserta dokumen bersumpah? Double Standard? Atau Raja Petra tak jumpa Najib untuk mengadu hal?

Mr Green

HAH JAWAP!

Anwar mempunyai alibi kerana masa pada pertuduhan itu anak guamnnya itu bersama lima orang di Kondominium Desa Damansara, 26 Jun lalu.

Peguam

Hah!.Drama ini semakin hari semakin menarik.Dari pindaan pertuduhan 377c ke 377b.Lepas ni kita tengok la pulak apa dorang nak tukar.nak tukar tarikh dan jam pulak ker?. atau Saifool ngaku ini semua rancangan Anwar setelah pendedahan demi pendedahan dikeluarkan secara berperingkat dan menyebabkan Saifool sendiri masuk perangkap sendiri. Hah Uncle Pet. Surat Akuan Bersumpah Dr Osman dah keluaq.Tunggu pulak apa hang nak komen,

Mr Green

Saya tak bersalah - Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii dengan pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan penghujung Jun lalu.

Pihak pendakwa tidak membantah Anwar dibenar ikat jamin dan mencadangkan ketua umum PKR itu dikenakan jaminan RM20,000 dan menyerahkan pasportnya.

Hakim SM Komathy kemudiannya membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.

Hakim menambah, Anwar juga tidak perlu menyerahkan pasportnya kerana yakin mantan timbalan perdana menteri itu tidak akan melarikan diri.

Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada 10 September depan di Mahkamah Tinggi untuk menetapkan tarikh perbicaraan.

Anwar dihadapkan ke mahkamah hari ini ekoran laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful pada 28 Jun.

Menurut kertas pertuduhan terhadapnya (lihat carta), Anwar didakwa melakukan jenayah tersebut pada petang 26 Jun lalu di sebuah bilik di Desa Damansara Condominium, Bukit Damansara.

Jika disabitkan kesalahan bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, Anwar boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

377B Kanun keseksaan




KUALA LUMPUR, 7 OGOS (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mempermainkan badan kehakiman dengan menukar-nukar dakwaan terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau ini membuktikan ada konspirasi dan campurtangan politik diatas pendakwaan yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Seperti yang disebut di kamar mahkamah Anwar telah berkata semalam Perdana Menteri berkata kes ini alah kes rogol dan ini telah memburukan imej Anwar, tetapi hari ini pula, mahkamah menukarkan pendakwaan dan menunjukan ianya adalah penyelewengan yang bertujuan untuk menghalang beliau dari mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil,”
katanya kepada Suara Keadilan.

Diatas pendakwaan keatas beliau hari ini, beliau dituduh dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, bukan seperti sebelum ini dibawah Seksyen 377C.

Bila Petra bukak cerita....

Hari ini Raja Petra bukak satu lagi cerita.Akuan bersumpah Doktor Osman dan laporan perubatan keatas Si Saifool Bukhari secara terperinci. Ini satu lagi tamparan hebat dan tekanan buat Saifool bukhari dan Uncle Pet dan pengarah cerita ini..

Akuan Bersumpah Dr Osman (Pusrawi )

Sementara itu, Peguam Anwar, Sankaran Nair, berkata tuduhan terhadap anak guamnya megikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan iaitu liwat dalam sukarela sebagai sesuatu yang pelik.

Katanya, sepatutnya pendakwa turut menuduh Saiful atas kesalahan sama apabila memilih seksyen berkenaan untuk melakukan pendakwaan terhadap Anwar.

Wednesday, August 6, 2008

Permatang Pauh 26 Ogos 08!

PUTRAJAYA 6 Ogos - Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh ditetapkan 26 Ogos ini dengan hari penamaan calon 16 Ogos. Pengumunan tarikh pilihan raya itu dibuat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengadakan mesyuaratnya, di sini, tengah hari ini.

Sementara itu

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, esok.

Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.

Tuesday, August 5, 2008

Cukuplah bagi orang politik lainlah

PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.

“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,”
katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Hahaha apa nak jadi ngan UMNO/BN sekarang, sampai mufti pun nak tarik masuk politik semata mata nak letak calon BN di Permatang Pauh?. Cukup lah saiful saja yang korang bole guna sebagai "pembancuh kopi". Kalau kalah pun Ust Asri yang dapat malu.Syabas kepada Ust Asri dengan pendirian yang tegas. Jangan kerana politik menghancurkan apa yang dibina selama ini macam Imam tendang tong tu dan ustazah yang halalkan melacur.

Mr Green

Bila Kepala Bapak Menteri Korupsi


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato’ Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik “of the highest order”.

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik “of the highest order,” walau apa pun alasan yang diberi.

“Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga,” katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

“Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

“Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno,” katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.

-Harakahdaily.net

Monday, August 4, 2008

Bila Petra bukak cerita....

Killing Birds with one stone

And why does Abdullah want so much for the police to charge Anwar? Simple: because his Deputy, Najib Tun Razak, would invariably get dragged into this whole mess.


Raja Petra Kamarudin

The following police report was made at 5.45 pm on Saturday, 28 June 2008, by Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan (IC no: 850706-01-5687), who turned 23 last month:

"Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR."
Yes, that police report was made at 5.45 pm on Saturday, 28 June 2008. By why did it take that long for Saiful to make his police report? Let us retrace the steps that led to this police report.

Click Below for full story
No Hold Barred

PKR - Kenyataan Akhbar

Ex-MCA central committee member and former Klang MP Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
become members of Parti Keadilan Rakyat at a ceremony at the Klang Executive Club on Sunday,




Full Speech By DS Anwar Ibrahim at Klang Executive Club

Kick Andy - Singa Negara Jiran DS Anwar 18 Oct 07

Klip ini sudah lama tanggal 18 Oct 07, Green paparkan kembali kerana ianya satu klip yang menarik.

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


11.


12.


13.


14.



Kredit untuk Metrotvnews Indonesia

Sunday, August 3, 2008

Klang - 2000 Joins PKR

Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.







Dah pandai tulih blog pulak?


Hahahaha

Pandai ka si "budak ngaji sekolah tak habis" tu tulis blog ?....maca real saja...

Korang jangan cepat latah dengan sandiwara mereka.....blog budak tu didalangi oleh pencacai.

besar pun jawatan nak arranged pakatan BN nak crossover...kalau dia yg arranged mesti BN dah tahu sapa MPs yang nak cross over...

dia bukak cerita pasai Hong Kong ....Singapore semua....sapa baca blog DS Anwar mesti dah tahu sebab DS Anwar khobarkan sendiri ada MPs jumpa kat Hong Kong,Singapore....

Presiden SAPP pun cakap dia ada jumpa DS Anwar kat HK....so apa rahsia besar tu...isk isk isk

Sekarang pun banyak Anjing Anjing dok menyalak kat luar....selepas DS Anwar umum nak bertanding....I See DS Anwar so cool ..diam selepas umum nak bertanding, lebih baik diam dari layan melayu bodoh!

Ezam kotak nak layan DS Anwar dan Kak Wan saja....Jangan layan mat kotak ni hehehe..kalau layan dia dapat publisiti.....tu pun pi makan kenduri....heboh..!

Mereka terdesak banget!.....

PERMATANG PAUH! ..TUNJUKKAN KUASAMU!

Mr Green

Saturday, August 2, 2008

Bila Perompak cakap pasal wang rakyat!

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan tidak lama lagi ekoran perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen kawasan itu semalam.

Beliau berkata, perletakan jawatan oleh Dr. Wan Azizah merupakan strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, BN juga perlu memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia merugikan wang rakyat apabila belanja besar terpaksa dikeluarkan, sedangkan pilihan raya itu sendiri sebenarnya tidak perlu
.

Alahai Annuar Musa, nak sembang pasal duit rakyat ker? cermin diri sendiri la! PPRT (program pembangunan rakyat termiskin) ko sapu nak sembang pasal pembaziran duit rakyat. lagi satu nak habaq mai. bila masa orang guna duit rakyat untuk pilihanraya. selalu orang guna duit parti untuk sesuatu piliharaya kecil atau besar! l

Hah! kantoi!. . Nampak sangat UMNO/BN sendiri yang mengunakan wang rakyat untuk pilihanraya!. Ni lah padah kalau cakap pakai kepala lutut!.Apa la nasib orang UMNO kelantan dapat pengerusi bengap!

Mr Green

Friday, August 1, 2008

Kepada Pendokong Pakatan Rakyat!

Assalamualaikum to all.

Saya pohon kpd rakyat & para penyokong Pakatan Rakyat supaya bertenang dengan berita kononnya DSAI akan ditangkap dalam 48jam.

Saya percaya ini adalah khabar angin yang sengaja disebarkan untuk provok kita mengambil tindakan yang nanti akan digunakan untuk mengambil tindakan terhadap kita.

Saya seru supaya rakyat bertenang & akur kepada arahan supaya tidak melakukan sesuatu diluar undang-undang.

Setakat ini para peguam tidak dimaklumkan berkenaan sebarang tindakan menangkap & menuduh DSAI. Yang kami tahu fail siasatan baru saja diserahkan kepada Peguam Negara untuk dikaji.

Ini bermakna sebarang tindakan akan hanya boleh di ambil setelah pihak AG berpuashati dengan tahap siasatan. Saya dimaklumkan bahawa pasukan pendakwaraya akan diketuai sendiri oleh Peguamcara Negara Dato Idrus Ibrahim. Kami telah diberi jaminan sebarang tindakan pertuduhan yang hendak diambil terhadap DSAI akan dimaklumkan kepada kami peguam terlebih dahulu.

So guys..be cool. Go for your tehtarik & roticanai first.

We will definitely inform the public if there's any pending arrest/ charges.
Sementara itu, kami meminta supaya semua kita mendoakan dan bermunajat memohon kebenaran ditunjukkan oleh ALLAH. Kita sekarang berada dalam keadaan yang sangat mengelirukan.

Moga ALLAH memberikan kita petunjuk & hidayahNya.

Ameen..adios


YB Zulkifli Nordin

http://www.zul4kulim.blogspot.com/

Rabu ini - Sebelum 31 Ogos 08 ?

PETALING JAYA: Tarikh pilihan raya kecil akan ditentukan pada mesyuarat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang akan diadakan pertengahan minggu depan - Rabu ini.

Dalam pada itu, Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd. Noor memberitahu Bernama berkata, mesyuarat minggu depan akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.

Lazimnya penamaan calon diadakan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan.

Dan, jika tempoh berkenaan adalah lapan atau sembilan hari, pilihan raya kecil itu kemungkinan diadakan minggu terakhir bulan ini.

Lagi berita Terkejut!

Tarikh: 3hb. Ogos 2008 (Ahad)

Program kemasukan 2000 penyokong Barisan Nasional
dipimpin oleh Bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Paduka Dr Tan Yee Kew dalam Parti Keadilan Rakyat.

Masa 11.00am

Tempat: Klang Executive Club.

Wohoo...lagi berita sensasi dari DS Anwar.Semoga DP Dr Tan Yee kew membawa lebih ramai lagi. Selamat berhijrah DP Dr Tan Yee Kew dan kawan kawan barisan nasional kedalam PKR!

Mr Green


Bila Petra bukak cerita....


Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi and Deputy Prime Minister Najib Tun Razak have committed corruption “of the highest order” said Capt (Ret) Dato’ Zahar Hashim, the Umno PJ Division Chief. Read his three-page letter below.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin


Linked for Large View Report - Malaysia Today









Anwar bebas bertanding tapi.....

PUTRAJAYA 1 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi pada masa yang sama proses perundangan negara berhubung dakwaan kes liwat terhadapnya akan diteruskan jika ada kes, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

“Tiada siapa pun akan menghalangnya daripada bertanding,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada imej negara di peringkat antarabangsa akan terjejas sekiranya tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anwar selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Perdana Menteri berkata proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding dalam pilihan raya dan menambah kata penghentian proses berkenaan tidak pernah berlaku.

Abdullah berkata kedua-dua proses iaitu undang-undang dan pilihan raya kecil akan berjalan mengikut proses masing-masing dan kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan.

Beliau berkata proses undang-undang tidak mengetepikan hak pengadu untuk mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya ada kes. - BERNAMA.

Sekarang seluruh mata dunia tertumpu kepada kerusi permatang pauh ini dan juga situasi yang menyelubungi

Firasat aku, UMNO/BN akan mengunakan segala helah untuk menghalang Anwar ke Parlimen. Laporan siasatan polis sudah diserah kepada peguam negara untuk pendakwaan.ingat Peguam negara Ghani Patail adalah individu yang terbabit dalam konspirasi 98. Dengan laporan DS Anwar ke BPR terhadap beliau, hanya pendakwaan keatas DS Anwar jalan untuk serangbalas beliau kepada Penasihat PKR ini.

Kemungkinan mereka akan mengerahkan SPR untuk membatalkan pencalonan DS Anwar pada saat saat terakhir. Ingat Tan Sri Rashid masih lagi jadi Ketua SPR.

Dan juga Polis akan tidak memberi Permit Ceramah kepada pembangkang atas alasan keselamatan. Tak caya tengok la sendiri nanti.

Mr Green

YB Azmin Ketua Pembangkang di Parlimen?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali kini disebut-sebut di kalangan anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengetuai gabungan ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP di Parlimen nanti.

Beliau dijangka mengambil alih peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang apabila Parlimen bersidang 18 Ogos nanti setelah Presiden PKR itu meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh semalam.

Sebagai ketua whip Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin dilihat sebagai calon yang paling sesuai mengisi kekosongan tempat itu ekoran peletakan jawatan Dr Wan Azizah semalam bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub berkata ia terserah kepada PKR untuk menentukan calon yang akan menjadi Ketua Pembangkang sebelum pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan.

Bagaimanapun, katanya Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak adalah orang yang paling layak memangku jawatan Ketua Pembangkang memandangkan beliau seorang pemimpin kanan dalam PKR.


Personally aku setuju YB Azmin pikul tugas ini buat sementara waktu kerana hanya beliau boleh menangkis tohmahan berkaitan isu Anwar yg sedang hangat diperkatakan sejak akhir akhir ini.

Mr Green