Tuesday, July 29, 2008

Bonus untuk rakyat Malaysia - Tambang Bas Naik!

Kerajaan bersetuju tambang bas ekspres dan bas henti-henti seluruh negara
dinaikkan tetapi tidak sehingga 100 peratus seperti yang dipohon oleh Persatuan
Pengusaha Bas Seluruh Malaysia, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Datuk Noh Omar.

Katanya kenaikan itu tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos
operasi, termasuk harga diesel yang melonjak kepada RM1.43 seliter berbanding 71
sen seliter sejak kali terakhir tambang bas itu dinaikkan pada 2005."Peningkatan
kos operasi juga disebabkan kenaikan harga barang-barang lain seperti tayar,
minyak pelincir dan bateri," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang bagi kakitangan kementerian itu di Putrajaya hari
ini.

Wah ini berita baik buat Rakyat Malaysia!...Tahniah! Satu lagi Bonus Kerajaan Barisan Nasional untuk seluruh rakyat Malaysia.

Mr Green


No comments: