PETALING JAYA, 21 Jun (SK)- KETUA Umum KeADILan, Anwar Ibrahim mengumumkan penyertaan seorang bekas Timbalan Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman ke dalam KeADILan.
Fauzi adalah Bekas Timbalan Menteri Penerangan, Ahli Parlimen Kuantan serta jawatan terakhir beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah.
Beliau melepaskan jawatan sebagai Adun pada bulan Mac, 2001 setelah membuat satu laporan polis terhadap Setiausaha Agong Umno ketika itu Tan Sri Khalil Yaakob, kerana mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.
-------------------------------------------------------------------------------------------------KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin Umno termasuk seorang bekas timbalan menteri pusat hari ini mengumumkan untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Mereka terdiri daripada Datuk Fauzi Abdul Rahman, bekas Ketua Umno Bahagian Kuantan; Dr. Abdul Hadi Derani, bekas Ahli Parlimen Kota Star dan Datuk Mat Lazim Derani, bekas Timbalan Ketua Bahagian Mentakab.
Pendirian mereka diumumkan pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut hadir pada sidang akhbar mengumumkan penyertaan ketiga-tiga mereka berkata, "kehadiran Fauzi akan dapat membantu menguatkan PKR di Pahang dan juga di peringkat pusat."
Anwar juga tidak menolak akan ada pengumuman penyertaan pemimpin Umno yang lain ke dalam PKR kelak.
Berita Sebelumnya
Desas desus bahwa Datuk Fauzi Abd Rahman keluar UMNO sudah menjadi kenyataan beberapa jam tadi. Ia diumumkan bersama program Jelajah Anwar di Kuantan dihadapan kira-kira 30 ribu rakyat yang menghadiri ceramah itu.Bekas S/u Parlimen dan Timbalan Menteri Penerangan, Bekas AHLI MT UMNO, Ahli Parlimen Kuantan dan bekas ADUN Baserah ini terkenal dengan keberaniannya pernah mendedahkan kepincangan UMNO di zaman Tan Sri Khalil Yaakob menjadi Mentri Besar Pahang.
Dalam aduan itu, beliau mendakwa Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Khalil Yaakob, mengagihkan kawasan balak tanpa mengikut kuota yang ditetapkan Dasar Perhutanan Negara ketika menjawat Menteri Besar Pahang antara 1986 hingga 1999.
Serentak dengan aduannya, Fauzi meletakkan jawatan sebagai ADUN Baserah dan MKT UMNO kerana tidak bersetuju dengan amalan rasuah dalam pemilihan UMNO bahagian Kuantan.
Fauzi adalah waris kepada Datuk Abd Rahman Yaakob, Bekas Menteri Pelajaran zaman Tun Razak memimpin Malaysia.
Dengan ini Fauzi dijangka akan diberikan kepercayaan untuk menerajui PKR Negeri Pahang.
Selamat Berjuang Datuk Fauzi Abd Rahman
Mr Green
No comments:
Post a Comment