Tuesday, July 15, 2008

KENYATAAN MENTERI

KENYATAAN MENTERI

KUALA LUMPUR: Kerajaan mempunyai bukti perhimpunan haram yang gagal diadakan di luar bangunan Parlimen hari ini dirancang pembangkang, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

ambil melahirkan rasa kecewa dengan sikap pemimpin pembangkang menafikan perhimpunan haram itu anjuran mereka dan sebaliknya menuduh kerajaan sengaja mereka cerita, beliau berkata pihak berkuasa menerima pelbagai maklumat termasuk ia dirancang pada 9 Julai lalu.

“Adakah adil bagi polis untuk melepaskan kepentingan orang ramai dengan tidak menjamin ketenteraman dan keamanan untuk menunggu kejadian itu berlaku dahulu,” katanya kepada pemberita di Bangunan Parlimen, hari ini.

Syed Hamid berkata, polis sudah mengambil tindakan yang tepat dengan mengadakan sekatan jalan raya dan mengetatkan akses ke bangunan Parlimen sebagai langkah pencegahan, menyebabkan perhimpunan akhirnya dialihkan ke Pasar Seni.

Seramai 20 orang termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin, menghadiri perhimpunan di Pasar Seni di sini pada 2 petang tadi dipercayai selepas gagal membolosi kawalan polis di sekitar bangunan Parlimen.

Kumpulan itu bersurai tiga minit kemudian selepas diarah oleh polis.

“Kalau kita tidak ambil tindakan awal mungkin kejadian akan menjadi teruk.

Mr Green - Hai Pak Menteri takkan 20 orang ni bole buat kecoh sampai menjadi kesesakkan lalu lintas yang teruk?.takkan 20 orang ni tak bole dikawal. Betul ke 20 orang? Bagi saya takkan mereka tak bole berjalan jalan dipasar seni? ada mereka membawa sepanduk? ada mereka membaling botol? ada mereka memecah kedai? ada ker?

Pak Menteri telah mengkambing hitamkan Ketua Pemuda Keadilan Shamsul Iskandar untuk menutup amarah rakyat yang terperangkap dengan kesesakkan luar biasa disegenap penjuru.

Hai pak menteri kalau bagi statement pun biar la profesional dikit.malu la orang luar tengok dengan statement demikian.cukuplah Zainuddin Maidin buat malu Kerajaan dengan statement englishnya yg berterabur...ni pula Pak Menteri dalam negeri...

Apa la nasib!

No comments: