Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.
Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.
Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.
Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.
disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.
Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.
Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.
Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?
Hahaha ini berita baik! Nahas la ko saiful.ko ingat lepas ni mereka akan jaga ko selamanya? kat mana ko bole lari? keluarga ko? bakal mertua ko...siapa yang malu..? mereka dan keluarga mereka. dengan bukti ini maka panas la pungkoq para para penerbit,pengarah dan crew(pencacai) filem DILIWATI ini...mari kita tunggu kisah selanjutnya,,,RETURN OF JEDI..
Mr Green
No comments:
Post a Comment