Ikuti wawancara bersama Ir DS Nizar MB Perak
Harakahdaily
Mon | Jul 07, 08 | 6:37:13 pm MYT IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.
Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.
Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.
"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.
Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepasSyabas! Ir DS Nizar,MB Perak!
Maka merahmata lagi la teman teman ku disebelah sana.merahmata kerana pakatan rakyat sudah pun menunaikan sebahagian janji manifesto mereka,sedangkan wakil rakyat sebelah sana masih sibuk mencari kesalahan pakatan rakyat sehingga mereka lupa janji manifesto mereka sendiri.Sudahnya abuk pun tarak.PRU13 nanti kena hukum lagi.sapa yang nyesal?
Seperti mereka belum serik akan tanggal 08 Mac 08. mereka belum sedar dan belajar.sepatutnya mereka usah pedulikan Pakatan Rakyat , mereka seharusnya berkerja lembur untuk menarik keyakinan rakyat terhadap mereka.lagi mereka menghimpit Pakatan Rakyat.lagi cepat mereka berambus dari kerusi empuk itu.fikir fikirkan lah!
Mr.Green
No comments:
Post a Comment