Saturday, July 19, 2008

KERAJAAN P.PINANG BERI WANG IHSAN

Rakyat Pulau Pinang berpendapatan kurang RM1,500 layak mohon bantuan RM100

PULAU PINANG – Penduduk Pulau Pinang yang memperoleh pendapatan isi rumah kurang RM1,500 sebulan layak memohon bantuan wang ehsan RM100 daripada kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, bantuan yang disalur melalui Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn. Bhd. (PBAPP) itu bertujuan meringankan beban golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan kos sara hidup.

“Mereka yang berminat untuk mendapatkan wang ehsan itu boleh mengisi borang yang akan disertakan bersama bil air mereka dan menyerahkannya di pejabat PBAPP sebelum 30 September ini,”
katanya kepada pemberita di sini semalam.

Borang yang lengkap diisi boleh dihantar ke mana-mana pejabat PBAPP berhampiran iaitu di Komtar, Perai, Bukit Mertajam, Jawi, Rifle Range, Kepala Batas, Taman Selat dan Balik Pulau.

Beliau berkata, wang itu akan dikredit ke dalam akaun PBA pemohon yang layak sebelum akhir tahun ini.

Syabas Mr Lim Guan Eng atas keperihatinan anda kepada rakyat dibawah! You Deserved my Salute!

Mana pegi geng geng UMNO yang tunjuk perasaan depan KOMTAR tempohari? kenapa tak bising? kenapa tak hentam KM LIM GUAN ENG mengenai pekara ini? sekarang korang makan balik ludah korang tu ,Memang dasar hipokrit!

MR GREEN

No comments: