Friday, August 1, 2008

YB Azmin Ketua Pembangkang di Parlimen?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali kini disebut-sebut di kalangan anggota Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengetuai gabungan ketiga-tiga parti iaitu PKR, Pas dan DAP di Parlimen nanti.

Beliau dijangka mengambil alih peranan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai ketua pembangkang apabila Parlimen bersidang 18 Ogos nanti setelah Presiden PKR itu meletak jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh semalam.

Sebagai ketua whip Pakatan Rakyat, Mohamed Azmin dilihat sebagai calon yang paling sesuai mengisi kekosongan tempat itu ekoran peletakan jawatan Dr Wan Azizah semalam bagi memberi laluan kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Dalam pada itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Salahuddin Ayub berkata ia terserah kepada PKR untuk menentukan calon yang akan menjadi Ketua Pembangkang sebelum pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Permatang Pauh diadakan.

Bagaimanapun, katanya Mohamed Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak adalah orang yang paling layak memangku jawatan Ketua Pembangkang memandangkan beliau seorang pemimpin kanan dalam PKR.


Personally aku setuju YB Azmin pikul tugas ini buat sementara waktu kerana hanya beliau boleh menangkis tohmahan berkaitan isu Anwar yg sedang hangat diperkatakan sejak akhir akhir ini.

Mr Green

No comments: