Ni apa kes ni.Polis belasah wanita dan kes rogol anggota polis ni.Bukankah diamanah suruh jaga orang ramai dan rakyat Malaysia?.
POLIS RAJA DIMALAYSIA ATAU POLIS DIRAJA MALAYSIA?
Kalau ini lah sikap POLIS MALAYSIA alamatnya tak selamat la MALAYSIA.Bagaimana rakyat nak percaya dengan POLIS kalau kes ni berlaku.walaupun kes ini terpencil...tapi rakyat memandang serious atas apa yang berlaku.
Kes Nurin dan Adik Sharlene Hilang ntah indah kabar dari rupa.Sampai sekarang belum dengar khabar berita.Ayah Nurin pundah saman POLIS!.
Inikah contoh SEDIA BERKHIDMAT cogankata POLIS DIRAJA MALAYSIA yang dibangga banggakan?....
Tepuk dada tanya selera...selera mana anda pilih!
Kes Satu
KUCHING: Seorang wanita berusia 22 tahun cedera dibelasah seorang anggota polis berpangkat koperal dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak yang turut mengacukan pistol ke arah mangsa dalam kejadian yang berlaku malam tadi.
Pesuruhajaya Polis Sarawak, Datuk Mohmad Salleh ketika mengesahkan kejadian itu berkata, koperal terbabit kini dalam tahanan polis dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Kes DuaKUALA LUMPUR: Seorang remaja berumur 17 tahun hari ini menfailkan saman terhadap seorang anggota polis dan dua yang lain berhubung kejadian rogol dan seks oral yang dilakukan oleh polis itu, Jun lalu.
Pelajar itu menfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Gobind Singh Deo & Co.
Beliau menamakan Konstabel Jamil Abdul Sah, Ketua Polis Balai Putra Heights, Puchong, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan. Jamil yang kini digantung tugasnya didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada 18 Julai lalu, atas satu pertuduhan rogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap pelajar itu
Sumber Berita Harian.
No comments:
Post a Comment