Friday, August 22, 2008

DEBAT ANWAR - ARIF

Sebuah badan bukan kerajaan mencadang supaya calon Barisan Nasional (BN) dan PKR mengadakan debat rakyat untuk memberi peluang kepada penduduk Permatang Pauh menilai siapakah yang terbaik buat mereka.

Badan tersebut - Teras Pengupayaan Melayu (Teras)- yang mendakwa tidak terikat dengan mana-mana organisasi politik, berhasrat untuk menganjurkan debat rakyat tersebut.

Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, debat itu juga dapat memperlihatkan calon mana - Datuk Seri Anwar Ibrahim dari PKR dan Datuk Arif Shah dari Umno - yang mampu mengutarakan visinya yang jelas, bukan sahaja untuk Permatang Pauh, tetapi juga untuk negara.

"Kami mencadangkan debat ini diadakan pada 24 Ogos 2008 jam 2 petang di mana-mana kawasan di dalam Parlimen Permatang Pauh.

"Kami berhasrat debat ini dapat ditonton serta didengari oleh penduduk Permatang Pauh dan seluruh Malaysia. Oleh itu, kami mencadangkan debat ini juga dapat disiarkan secara siaran langsung oleh stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, TV9 dan Astro Awani," katanya.
Aku mengalu alukan Debat ini kerana seluruh Malaysia dan Dunia mengfocus kearah pilihanraya kecil P44 ini.Serentak dapat pengundi Permatang Pauh dan Rakyat menilai mana satu Mutiara dan mana satu kaca.

Adakah Calon Barisan Nasional berani berdebat?.....sat sat nak telepon Najib sat..Haloo Boss..cheng chong chen chong debat cheng chong....



No comments: