KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak tiba di sini hari ini untuk menghadiri Jamuan Perdana Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) SeMalaysia 2008 di sini, malam ini.
Pesawat khas yang membawa Abdullah mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 7 malam manakala Najib tiba jam 4.30 petang.
Ketibaan kedua-dua pemimpin secara berasingan di LTAK disambut Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Alfred Jabu dan anggota Kabinet negeri. Perdana Menteri dan timbalannya yang menjadi tetamu kehormat pada majlis yang diadakan di Dewan Santapan Bangunan Dewan Undangan Negeri Petra Jaya itu dijadual berlepas pulang ke Kuala Lumpur malam ini selepas majlis itu.
Isteri wakil rakyat BN yang diketuai isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah sudahpun berada di Kuching sejak dua hari lalu.
Turut berada di Kuching ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor. Program itu diisi dengan pelbagai aktiviti, antaranya seminar bertema “Bersama Ke Arah Kesejahteraan Kanak-Kanak Sejagat”, program bina semangat bertema “Menghayati Warisan Budaya Negeri Sarawak” dan acara Titian Kasih untuk beramah-mesra dengan kanak-kanak dari badan amal dan kebajikan dan penyerahan derma. — Bernama
Rajin pulak Kepala bapak menteri dan Deputy kepala bapak menteri ke Sarawak sekarang ni.kununnya jamuan perdana isteri wakil rakyat.Risau APs Sarawak lompat parti ka? sampai dua dua turun.Sekali dorang tumpu kat Sabah Sarawak tiba tiba tup yg lompat APs semenajung..haha padan muko!.
Mr Green
No comments:
Post a Comment