PUTRAJAYA 4 Ogos – Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengakui telah ditawarkan menjadi calon pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, Mohd. Asri menolak tawaran itu secara baik kerana berpandangan beliau sudah selesa dengan bidang keagamaan yang diceburi.
“Ya, saya memang orang Permatang Pauh dan memang banyak pertanyaan supaya saya menjadi calon di Permatang Pauh tetapi saya tidak minat.“Cukuplah, bagi pada orang politik lainlah. Saya tidak mahu tambah kekusutan politik yang ada... lagi pun ini (politik) bukan medan saya,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Hahaha apa nak jadi ngan UMNO/BN sekarang, sampai mufti pun nak tarik masuk politik semata mata nak letak calon BN di Permatang Pauh?. Cukup lah saiful saja yang korang bole guna sebagai "pembancuh kopi". Kalau kalah pun Ust Asri yang dapat malu.Syabas kepada Ust Asri dengan pendirian yang tegas. Jangan kerana politik menghancurkan apa yang dibina selama ini macam Imam tendang tong tu dan ustazah yang halalkan melacur.
Mr Green
No comments:
Post a Comment