Friday, August 22, 2008

Kerusi Pakatan di Parlimen kini 84 - Anwar

PERMATANG PAUH: Pakatan Rakyat yang yakin akan menubuhkan kerajaan persekutuan yang baru pertengahan bulan depan sudah pun memiliki dua kerusi tambahan di Parlimen?

Jika mengambil kira ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen di kawasan Seberang Jaya malam tadi nampaknya Pakatan Rakyat sudah pun memiliki 84 kerusi.

Dalam ceramahnya itu Anwar berkata: "Kita sudah ada 82 kerusi, bukan, kita sudah ada 84 kerusi (di Dewan Rakyat)."

Ketua Penerangan PKR, Tian Chua ketika ditanya mengenainya mengesahkan kebenaran apa yang diperkatakan oleh Anwar malam tadi.

"Ya, betul," katanya.

Adakah Anwar merujuk kepada kemungkinan dua kerusi Parti Maju Sabah (SAPP), Tian Chua memberikan formula yang lain.

Katanya, dua kerusi itu tidak membabitkan SAPP, sebaliknya Gerakan.

Kata Tian Chua, pihaknya "sangat pasti dengan kemungkinan dua anggota Gerakan akan menyertai Pakatan Rakyat."

Baca ni pula

ALOR STAR: Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon menasihatkan ahli-ahli parti itu supaya tidak membuat sebarang keputusan berlandaskan emosi.

Katanya setiap pandangan yang ingin dikemukakan perlu dibincangkan secara mendalam supaya sesuai dengan keadaan politik negara.

"Kita perlu mengambil kira kekuatan parti, bagi mencapai sesuatu keputusan yang dipersetujui oleh semua pihak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Kedah di sini hari ini sebagai usul Pemuda Gerakan supaya parti itu keluar daripada Barisan Nasional sekiranya BN gagal menjaga kepentingan semua kaum di negara ini.

SEMENTARA ITU

PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 22 OGOS - Seorang lagi pemimpin Parti Gerakan Rakyat (Gerakan-BN), Dr. Tan Kee Kwang yang merupakan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan kini menyertai kempen pilihanraya menyokong perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau menegaskan sepatutnya pimpinan negara resah akan kedudukan ekonomi negera berbanding memainkan sentimen perkauman terutamanya sepanjang kempen Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.




LU PIKIR SENDIRI LA BEB! AMACAM GERAKAN ANGKAT KAKI LA!

6 comments:

OfficeBoyTingkat4 said...

Kekaratan Umno makin disedari oleh komponen komponen yang lain.

Hanya UMNO tidak mahu menerima hakikat bahawa parti mereka kian karat dan mereput.

Jika melihat senario politik di Sarawak, lagi menarik.

Sarawak adalh satus atunya negeri yang tiada UMNO.Akan tetapi terdapat beberapa parti yang menjadi sekutu UMNO.

Pilihanraya DUN Sarawak akan diadakan lebih kurang 2 tahun lagi.Pemimpin parti sekutu ini semuanya bersikap tunggu dan lihat. sura ereka tidak lantang menghentam Anwar, kerana mereka takut jika Anwar berjaya ke Putrajaya mereka akan berdepan dengan masalah untuk menghadapi pilihanraya DUN.

Bayangkan jika mereka tidak menyertai PR, dan memilih untuk terus duduk dicelah kangkag BN,bagaimana mereka hendak menjalankan kempen tanpa media yang sudah tentunya dikawal oleh kerajaan baru nanti?

Mr Green said...

BOY

Baca ini....

http://ctchoolaw.blogspot.com
/2008/08/swak-is-taib-country-even-if-anwar.html

OfficeBoyTingkat4 said...

Jika DSAI memilih Taib sebagai sekutu, nasib rakyat Sarawak akan tetap tak berubah, itu pendapat aku.

Jika DSAI benar benar perihatin dengan rakyat Sarawak, PR perlu bertanding didalam pilihanraya ADUN Sarawak nanti sebagai kerajaan persekutuan menentang PBB pimpinan Taib.

Kerakusan Taib dan kroninya perlu dihentikan dengan kadar segera.Jika dibandingkan dengan semennjung,pemimpin disini lebih rakus.Para ADUN mereka tidak mendiami rumah sebagaimana rumah ADUN di semenjung, tetapi mereka mendiami "istana" yang dibina sendiri.Mana dapat duit pun kita tak tahu.

Jika rumah MP atau ADUN di semenanjung besar, rumah MP dan ADUN disini lebih besar.

Mr Green said...

BOY

Aku personally tak suka Taib..tapi

Kalau nak ikutkan orang asli pendalaman Sarawak kebanyakkan menganggap KM Sarawak tu sebagai Tuhan mereka.UMNO dapat tembus Sabah Sarawak pun kerana pengaruh Anwar yg bawa parti UMNO masuk kesana.

Tak hairanlah kalau ada AP Sabah Sarawak akan masuk join Anwar.kerana mereka tahu siapa Anwar.Apa Anwar buat disana.

Aku rasa Anwar ada perancangan dia sendiri.

OfficeBoyTingkat4 said...

mr green,

Penduduk di pedalaman Sarawak ni sebenarnya tidak mendapat maklumat atau berita selain dai berita dari media BN.

Kerana tiadanya kemudahan infrastruktur yang teratur sebagai perhubungan, maka BN dibawah Taib bejaya mengeksploitasi keadaan ini.

Jika kita dapat menyalukan berita dan maklumat secara jelas, aku yakin mereka akan sedar.

Aku dengan keupayaan yang terhad, hanya mampu buat mengikut yg terdaya.Aku cari maklumat, berita, ceramah..lepas tu aku fotostat kemudian edarkan.

Mr Green said...

BOY

Insyallah kalau Anwar dpt pi Putrajaya habis semua malaun ni kena tendang keluaq...

Benda ni tak bole terburu buru..