Thursday, August 7, 2008

377B Kanun keseksaan




KUALA LUMPUR, 7 OGOS (SK)- Ketua Penerangan KeADILan, melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan yang mempermainkan badan kehakiman dengan menukar-nukar dakwaan terhadap Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim.

Menurut beliau ini membuktikan ada konspirasi dan campurtangan politik diatas pendakwaan yang menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat keatas Saiful Bukhari Azlan.

“Seperti yang disebut di kamar mahkamah Anwar telah berkata semalam Perdana Menteri berkata kes ini alah kes rogol dan ini telah memburukan imej Anwar, tetapi hari ini pula, mahkamah menukarkan pendakwaan dan menunjukan ianya adalah penyelewengan yang bertujuan untuk menghalang beliau dari mengambil bahagian dalam pilihan raya kecil,”
katanya kepada Suara Keadilan.

Diatas pendakwaan keatas beliau hari ini, beliau dituduh dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan, bukan seperti sebelum ini dibawah Seksyen 377C.

No comments: