Thursday, August 28, 2008

AL FATEHA - AHMAD MAHMUD!

IN'NALIL'LAHIWAINAL'LILAHIRAJIOOUN



PETALING JAYA: Allahyarham Datuk Ahmad Mahmud, 85 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini kira-kira pukul 2.15 petang tadi.

Seniman lagenda yang terkenal dengan watak Raja Bersiong dan Dr. Ismadi dalam filem Ibu Mertuaku menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 10 malam semalam di kediamannya di sini, No 21, Jalan SS1/35 Kg Tunku.

Ahmad Mahmud, 85, sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Jalan Bukit Pantai disebabkan uzur dan penyakit buah pinggang yang dihadapi sejak tujuh tahun lalu.

Menurut anak saudara Ahmad, Rafiah Bakar, jenazah Allahyarham di bawa ke Masjid Ar-Rahman Kampung Tunku pada pukul 11.30 pagi ini untuk dimandikan dan disembahyangkan oleh pihak masjid sebelum di bawa ke tanah perkuburan tersebut sekitar pukul 2 petang tadi.



Berita awal

KUALA LUMPUR: Seniman yang popular dengan watak Dr Ismadi menerusi filem Ibu Mertuaku, Datuk Ahmad Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ahmad Mahmud, 85, meninggal dunia malam tadi akibat penyakit buah pinggang.

Berita Selanjutnya

No comments: