Anwar, yang juga baru dilantik sebagai Ketua Pembangkang, bangun selepas Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BNPasir Salak) mencelah perbahasan Dr. Siti Mariah Mahmud (PAS-Kota Raja) untuk bertanya sama ada Majlis Peguam masih merupakan badan yang 'mempunyai kredibiliti' untuk memberikan pandangan mereka berhubung rang undang-undang itu selepas pelbagai kontroversi berhubung badan peguam itu.
Mempertahankan pandangan Dr. Siti Mariah bahawa pendapat badan peguam itu perlu dirujuk dalam merangka rang undang-undang itu, Anwar sebaliknya secara sinis bertanya anggota dewan itu tidakkah kerajaan yang korup lebih rendah kredibilitinya berbanding badan peguam itu.
"Ini, kerajaan yang membentangkan rang undang-undang ini Isnin lepas tanpa memberi peluang kepada anggota Parlimen, termasuk rakan-rakan di sebelah sana (BN) untuk mengkajinya, dan membentangkannya dengan tergesa-gesa.
"Rang undang-undang ini dipersetujui oleh orang politik yang rakus tapi dibantah semua pakar, badan bukan kerajaan, bukan sahaja Majlis Peguam tetapi juga badan-badan hak asasi manusia... ternyata kerajaan dan Kabinet hari ini takut benar dengan suara rakyat,"katanya.
1 comment:
ya betul tu...akta DNA BN tu kasi hapus je la..correct correct correct
Post a Comment