Friday, August 1, 2008

Anwar bebas bertanding tapi.....

PUTRAJAYA 1 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bebas untuk bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh tetapi pada masa yang sama proses perundangan negara berhubung dakwaan kes liwat terhadapnya akan diteruskan jika ada kes, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

“Tiada siapa pun akan menghalangnya daripada bertanding,” kata Perdana Menteri kepada pemberita di pejabatnya di sini.

Abdullah berkata demikian semasa diminta mengulas sama ada imej negara di peringkat antarabangsa akan terjejas sekiranya tindakan undang-undang dikenakan terhadap Anwar selepas beliau mengumumkan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil itu.

Perdana Menteri berkata proses undang-undang tidak terhenti apabila seseorang hendak bertanding dalam pilihan raya dan menambah kata penghentian proses berkenaan tidak pernah berlaku.

Abdullah berkata kedua-dua proses iaitu undang-undang dan pilihan raya kecil akan berjalan mengikut proses masing-masing dan kedua-duanya tidak boleh dicampuradukkan.

Beliau berkata proses undang-undang tidak mengetepikan hak pengadu untuk mendapatkan keadilan di mahkamah sekiranya ada kes. - BERNAMA.

Sekarang seluruh mata dunia tertumpu kepada kerusi permatang pauh ini dan juga situasi yang menyelubungi

Firasat aku, UMNO/BN akan mengunakan segala helah untuk menghalang Anwar ke Parlimen. Laporan siasatan polis sudah diserah kepada peguam negara untuk pendakwaan.ingat Peguam negara Ghani Patail adalah individu yang terbabit dalam konspirasi 98. Dengan laporan DS Anwar ke BPR terhadap beliau, hanya pendakwaan keatas DS Anwar jalan untuk serangbalas beliau kepada Penasihat PKR ini.

Kemungkinan mereka akan mengerahkan SPR untuk membatalkan pencalonan DS Anwar pada saat saat terakhir. Ingat Tan Sri Rashid masih lagi jadi Ketua SPR.

Dan juga Polis akan tidak memberi Permit Ceramah kepada pembangkang atas alasan keselamatan. Tak caya tengok la sendiri nanti.

Mr Green

No comments: