Showing posts with label Video Klip. Show all posts
Showing posts with label Video Klip. Show all posts

Thursday, September 4, 2008

NO SODOMY! - PUSRAWI DOC

Dr Mohd Osman Abdul Hamid, the Puswari Hospital doctor who
examined Mohd Saiful Bukhari Azlan, appeared in public today to stand by his claim that he found no evidence of sodomy on the alleged victim.



Wednesday, August 27, 2008

KENYATAAN MEDIA ANWAR



PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kita tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan anda semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Monday, August 4, 2008

PKR - Kenyataan Akhbar

Ex-MCA central committee member and former Klang MP Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.
become members of Parti Keadilan Rakyat at a ceremony at the Klang Executive Club on Sunday,




Full Speech By DS Anwar Ibrahim at Klang Executive Club

Kick Andy - Singa Negara Jiran DS Anwar 18 Oct 07

Klip ini sudah lama tanggal 18 Oct 07, Green paparkan kembali kerana ianya satu klip yang menarik.

1.


2.


3.


4.


5.


6.


7.


8.


9.


10.


11.


12.


13.


14.



Kredit untuk Metrotvnews Indonesia

Sunday, August 3, 2008

Klang - 2000 Joins PKR

Pagi tadi Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Klang Executive Club bagi menjayakan Program Kemasukan 2097 penyokong Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datin Paduka Dr Tan Yee Kew ( bekas Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ) ke dalam Parti Keadilan Rakyat.







Tuesday, July 29, 2008

Uncle Pet Pet mengamok!

Pergh garang sey ini anak macam anak saudara dia gak,Peh besar ini anak suruh Raja Petra jumpa dia.Ask ur anak sedara keluar la buat kenyataan. Why hidding ?

Sebagai manusia normal yang ada akai dan waras, aku ada sikit hairan dgn Uncle Pet pet ni.

bila laporan doktor yang mengatakan tiada kesan liwat,sepatutnya Uncle Pet Pet (kalau waras la)harus bersyukur dan gembira kerana anak sedara dia masih teruna, tapi ni dah terbalik...mati mati dia kata anak sedara dia diliwat! oleh Anwar lak tu.

Apa kes Pet Pet?. Ko memang nak Saifool kena liwat ka?.Mana ada orang sokong sedara atau anak dia kena liwat.

Nah nampak sangat ko cakap berbelit.dah makan diri sendiri.Ha Jawap la Pet Pet!

tu pun ada hati nak ajak Petra masuk gelanggang.

Mr Green

Friday, July 25, 2008

16 September tarikh kemenangan rakyat - Anwar

ADILtv: Eksklusif Wawancara bersama Datuk Fauzi

Saksikan temubual Hafizh Mokhtar bersama jurukamera Ebrahim Harris dalam temubual bersama bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Fauzi Abdul Rahman yang menyertai KeADILan, baru-baru ini.




PROFIL DATUK FAUZI BIN ABDUL RAHMAN

Datuk Fauzi bin Abdul Rahman dilahirkan pada 27 Ogos 1946 di Galing Besar, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan anak kepada Dato’ Abdul Rahman Talib, bekas Menteri Pelajaran (era Tunku Abdul Rahman Putra).
Datuk Fauzi merupakan lepasan Imperial College, Universiti of London dalam bidang Kejuruteraan Mineral. Menjadi Setiausaha Parlimen di Kementerian Penerangan pada 26hb Oktober 1990 sehingga 2hb Mei 1995. Kemudiannya menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi dari tahun 1995 hingga ke tahun 1997.
Dari tahun 1997-1999, beliau menjadi Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Merupakan bekas Ketua Bahagian UMNO Kuantan dan mula bertanding kerusi parlimen Kuantan pada pilihanraya ke-8 ( 1990). Pada tahun 1995, beliau bertanding kerusi Beserah (DUN) dan menang. Kerusi yang beliau pegang sehingga tahun 2004.

Saturday, July 19, 2008

DNA SUDAH LAMA - PM


From Malaysiakini
Existing DNA sample too old, says PM
Chan Kok Leong Jul 18, 08 7:37pm
The authorities require a fresh DNA sample from Anwar Ibrahim because the sample extracted 10 years ago is too old, said Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi today.



How can a DNA be too old? I guess all of us watched CSI before. Even if a body has rotten and left with only bones. We can still identify a person with its DNA or you can even just grab a single hair from a person to get its DNA.How can a DNA be too old? What kind of lame reason is this? The Government can say that we have already reach out to space but yet our Government can make such an idiotic statement.Can we just absorb and believe such statement made by our Prime Minister Ahmad Badawi? I think he made this statement because he hear someone in the cabinet saying that DNA has an expiry date or something...Well Pak Lah is not a scientist and never studies DNA before but to make such statement, this is gonna be another laughing stock to the whole world...

vincentmklee.blogspot.com

Aku setuju dengan Vincent,Hai Pak Lah..Pak Lah...Sudah Lah!...Orang lain punya najis anda kena sapu? Bagaimana seorang Perdana Menteri cakap semborono saja..kalau cakap kat orang ulu bole la depa percaya...tapi la ni orang ulu pun dah pandai pandai..malah lebih pandai dari Pak Lah. Masakan Mayat reput bole diambil Sampel DNAnya...walaupun tinggal tulang...sedangkan Sampel DNA DS Anwar masih dalam simpanan mereka...aduuh! gawat ni...kesian puak puak UMNO...gila meroyan!

MR GREEN

WAWANCARA EXCLUSIVE BERSAMA DATO SERI UTAMA WAN AZIZAH - PRESIDEN PKR

WAWANCARA EXCLUSIVE BERSAMA DATO SERI UTAMA WAN AZIZAH - PRESIDEN PKR

EMPAT BAHAGIAN TEMU BUAL DENGAN PRESIDEN PARTI KEADILAN RAKYAT, DATUK SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL YANG MENYENTUH ISU DAKWAAN TERBARU DIHADAPI SUAMINYA, DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DAN PERJALANAN POLITIK BELIAU SEJAK 1998.

Bahagian 1


Bahagian 2


Bahagian 3


Bahagian 4

Tuesday, July 15, 2008

DEBAT MINYAK

KOLEKSI DEBAT -
HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN
ESOK TURUN HARGA MINYAK




Part one


Part two


Part three


Part four


Part five


Part six

Monday, July 7, 2008

AIR PERCUMA DI PERAK

AIR PERCUMA DI PERAK



Ikuti wawancara bersama Ir DS Nizar MB Perak

Harakahdaily

Mon | Jul 07, 08 | 6:37:13 pm MYT
IPOH, 7 Julai (Hrkh) - Kerajaan Negeri Perak akan membekalkan 20 meter padu air percuma kepada penduduk miskin yang berpendapatan kurang daripada RM750 sebulan bermula Ogos ini, kata Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

"Pemberian air percuma itu adalah sebahagian daripada sumbangan kerajaan negeri kepada penduduk miskin di Perak bagi meringankan beban mereka berikutan harga barang yang semakin meningkat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohammad Nizar yang juga pengerusi LAP berkata, bekalan air percuma itu akan diberikan kepada mereka yang mempunyai meter individu di kediaman masing-masing.

Perak kini merupakan negeri kedua selepas Selangor yang membekalkan 20 meter padu air percuma mulai 1 Jun lepas sebagai memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum Mac lepas.

Dalam perkembangan lain, Menteri Besar berkata kerajaan negeri juga memberi ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).


Katanya bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri berjumpa dengan Exco pendidikan, Nga Kor Ming dan perlu membawa dokumen pengenalan diri dan surat tawaran ke IPTA.

"Hanya segelintir sahaja pelajar yang datang ke pejabat ini untuk meminta bantuan melanjutkan pelajaran ke IPTA setakat ini atau mungkin mereka tidak mengetahui adanya sumbangan seperti itu," katanya.

Beliau turut memaklumkan permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Perak untuk mereka yang melanjutkan pengajian ke IPTA telah ditutup pada 30 Jun lepas


Syabas! Ir DS Nizar,MB Perak!

Maka merahmata lagi la teman teman ku disebelah sana.merahmata kerana pakatan rakyat sudah pun menunaikan sebahagian janji manifesto mereka,sedangkan wakil rakyat sebelah sana masih sibuk mencari kesalahan pakatan rakyat sehingga mereka lupa janji manifesto mereka sendiri.Sudahnya abuk pun tarak.PRU13 nanti kena hukum lagi.sapa yang nyesal?

Seperti mereka belum serik akan tanggal 08 Mac 08. mereka belum sedar dan belajar.sepatutnya mereka usah pedulikan Pakatan Rakyat , mereka seharusnya berkerja lembur untuk menarik keyakinan rakyat terhadap mereka.lagi mereka menghimpit Pakatan Rakyat.lagi cepat mereka berambus dari kerusi empuk itu.fikir fikirkan lah!


Mr.Green

PROTES 2008



ANWAR IBRAHIM - PROTES 2008



Anwar 1/4


Anwar 2/4


Anwar 3/4


Anwar 4/4


Special Thanks to TheMalaysian - Youtube