Wednesday, August 27, 2008
SPR KENA JAWAP!
Malaysia bakal kecoh lagi.Kenapa? Anda kiralah sendiri pengiraan undi yang saya buat ini.
Pengundi berdaftar permatang pauh =58,449 orang. (Senarai pemilih 2007
dan suku tahunan pertama 2008)
Jumlah yang keluar mengundi =65.25% bermakna 58,449 di darab 65.25% bersamaan 38,137 orang pengundi. dari 38,137 pengundi, Maka anda tolakkan undi rosak sebanyak 447 (38,137-447=37,690), Dan tolakkan lagi 92 undi untuk AKIM (37,690-92=37,598). Dato Seri Anwar Ibrahim memenangi pilhanraya kecil p44 permatang pauh dengan undi 31,195 manakala Arif Shah dengan undi sebanyak 15,524 undi.
Cuba anda tolakkan jumlah pengundi yang mengundi pada 26-8-2008 dengan bilangan undi DSAI seramai 38,137-31,195 maka akan di temui jawapannya sebanyak 6942 undi yang sepatutnya mewakili undi Arif Shah dan persoalan BESAR disini kenapa SPR menetapkan undi untuk calon BN sebanyak 15,524 undi? err.. baki cuma 6942.. mana datang lagi 8582 undi?
Pihak berwajib khususnya SPR kena jawab persoalan ini. Anda tak percaya? KLIK sini. Anda kiralah sebebas-bebasnya!!
SUMBER - http://dzulhaqq.blogspot.com
Tuesday, August 26, 2008
PARLIMEN WELCOME BACK ANWAR
PERMATANG PAUH: Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali muncul Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.Beliau mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicapai oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Dalam keputusan rasmi diumumkan sebentar tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi manakala AKIM menerima 92 undi.
difahamkan Anwar menang di kebanyakan daripada 28 daerah mengundi.
Keputusan penuh pilihan raya kecil ini diumumkan di Institut Perguruan Tuanku Bainun.
Permatang Pauh mempunyai 58,459 pemilih berdaftar - 69.49 peratus Melayu, Cina 24.56 peratus, India 5.79 peratus dan lain-lain 0.13 peratus.
Kira-kira 15 peratus pemilih merupakan mereka yang tinggal di luar Permatang Pauh.
Pada pilihan raya umum Mac lalu, 82.06 peratus daripada 58,449 pengundi keluar mengundi.
Pada pilihan raya kecil ini, Arif Shah, 51, menghadapi tentangan Anwar, 61, dan calon AKIM, Hanafi, 61.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan peletakan jawatan anggota parlimennya, Presiden PKR, Dr. Wan Azizah pada 31 Julai lepas bagi memberi laluan kepada suaminya, Anwar bertanding di kawasan itu.
Pada pilihan raya umum Mac lepas, Dr. Wan Azizah mengalahkan calon BN, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,398 undi.
Parlimen Permatang Pauh dikuasai PKR sejak pilihan raya umum 1999 dan sebelum itu dimenangi Anwar atas tiket BN sejak 1982.
P44 - ANWAR LANDSLIDE VICTORY
P44 - Menanti Keputusan
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
REFORMASI!REFORMASI!REFORMASI!
DOOMSDAY FOR BN!
WELCOME BACK DS ANWAR IN PARLIMENT!
THANKS DATO SERI WAN AZIZAH FOR YOUR CONTRIBUTIONS !
THANKS PERMATANG PAUH VOTERS!
SPECIAL THANKS PAS VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!
SPECIAL THANKS PKR VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!
SPECIAL THANKS DAP VOTER WHO VOTE FOR DS ANWAR!
SPECIAL THANKS BARISAN NASIONAL VOTER WHO SWING VOTE FOR DS ANWAR!
THANKS TO BARISAN NASIONAL WHO GIVE FREE CAMPAIGN FOR PARTY JUSTICE PEOPLE'S
THIS COUNTRY IS NOT BELONG TO UMNO OR BN
THIS COUNTRY BELONG TO MALAYSIAN PEOPLE
P44 - PESTA BERMULA!
PROFILE CALON
- TARIKH LAHIR: 10 Ogos, 1947
- LAHIR: Cherok To' Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
- ALAMAT: No 8, Jalan Setia Murni 1, Bukit Damansara, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- NAMA ISTERI: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
- ANAK (6):
- Nurul Izzah
- Nurul Nuha
- Mohd Ihsan
- Nurul Ilham
- Nurul Iman
- Nurul Hana
- JAWATAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)
- PENDIDIKAN:
- Sekolah Kebangsaan Cherok To' Kun Bukit Mertajam,
- Stowell High School, Bukit Mertajam
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1960-1966
- Universiti Malaya (1967-1971)
- KERJAYA:
- 1970 : Pengasas dan Pengarah Yayasan Anda Akademik
- 1971 : Pengasas dan Presiden ABIM
- 1974-1982 : Presiden ABIM.
- 1982 : Ahli Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang.
- 1982 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- 1983-1984 : Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan
- 15 Julai 1984-1986 : Menteri Pertanian
- 1986-1991 : Menteri Pelajaran
- 15 Mac 1991-3 September 1998 : Menteri Kewangan
- 1 Oktober 1993-September 1998 : Timbalan Perdana Menteri
- 9 Mei 1997 - Pemangku Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) bercuti dua bulan)
- 3 September 1998 - Datuk Seri Anwar dipecat daripada kerajaan
PROFIL CALON
- TARIKH LAHIR: 2 November 1956
- ALAMAT: No 34, Persiaran Tenggiri, Seberang Jaya
- NAMA ISTERI: Datin Latifah Asmawi
- ANAK (5):
- Izwan Shah (bekerja di Kuala Lumpur)
- Izham Shah (pelajar UiTM Shah Alam)
- Nur Latifah (pelajar UiTM Shah Alam)
- Izhar Shah (Tingkatan Dua)
- Izrin Shah (Tahun 5)
- JAWATAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Jaya (sejak 2004)
- KELULUSAN:
- Diploma Kejuruteraan Awam
- Pakar dalam Bahan Binaan dan Bentuk Marmar dari Gruber International Velentia, California.
- Sedang mengikuti pengajian luar kampus peringkat PhD di Edison University of Technology
- ANUGERAH: Fello Kehormat Persatuan Pengamal Perniagaan United Kingdom.
- PENGALAMAN:
- Ahli Majlis Exco Pembangunan Luar Bandar
- Ahli Majlis Exco Pembangunan Usahawan dan Koperasi
- Ahli Majlis Exco Penamaan Jalan dan Tempat
- Ahli Majlis Exco Perumahan
- Timbalan Pengerusi Majlis Hal Ehwal Pengguna negeri
- JAWATAN DALAM BADAN BERKANUN:
- Ahli Jawatankuasa Belanjawan & Kewangan Perda
- Ahli Jawatankuasa Lembaga Perolehan Perda
- Ahli Jawatankuasa Perancangan Strategik Perda
- Ahli Jawatankuasa Rayuan Kenaikan Pangkat Perda
- Ahli Lembaga Pengarah Perda
- Pengerusi Jawatankuasa Projek Kilang Jus Perda
- JAWATAN POLITIK:
- Ketua Umno Cawangan Sri Kalui
- Bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Permatang Pauh
- Bekas Naib Ketua Umno Bahagian Permatang Pauh
- Bekas Ketua Pemuda Bahagian Permatang Pauh
PROFILE CALON
- USIA: 61 tahun
- ASAL : Tanah Merah, Kelantan
- NAMA ISTERI: Zainab Seman
- ANAK : 12 orang
- PENDIDIKAN:
- Sekolah Melayu Tanah Merah, Kelantan
- Sekolah Pondok Tanah Merah, Kelantan
- KERJAYA: Ahli Perniagaan (Hartanah)
- KERJAYA POLITIK :
- Pengerusi Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) sejak 2002
- Ahli Pas selama 10 tahun sebelum menyertai Akim pada 1995.
- Bertanding tiket Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Merah pada 1990
SPR KANTOI!
BERITA
SPR TIDAK TAHU MENJAWAB SENARAI YANG TIDAK DIWARTAKAN
PERMATANG PAUH, Institut Perguruan Tuanku Bainun 25 OGOS - Suruhanjaya Pilihanraya tergamam dan khusut apabila meraka tidak dapat menjawab pendedahan Fuziah Salleh berhubung daftar pemilih yang tidak diwartakankan (digezetkan) dan antara yang dikemaskini.
Datuk Kamarulzaman, Setiausaha SPR yang memberikan kenyataan media terkejut kehadiran Fuziah Salleh dan Sivarasa Rasiah dalam sidang berkenaan apabila daftar pemilih yang tidak sah digunakan dalam pilihanraya kecil ini.
Pihak media yang turut hadir binggung bagaimana Setiausaha SPR tidak tahu menjawab soalan ini malah cuai sehingga senarai nama yang tidak digezetkan boleh digunakan.
"SPR berjanji akan mengadakan sidang akhbar menyelesaikan masalah ini, bagaimanapun PKR masih menyifatkan senarai tersebut tidak berintergriti" jelas Sivarasa Rasiah.
Hari pembuangan undi akan diadakan esok 26hb. Ogos, seluruh rakyat Pulau Pinang diumumkan cuti pada hari berkenaan.
P44 - MENGGUNAKAN DAFTAR PEMILIH YANG TIDAK SAH
PERMATANG PAUH, Yayasan Aman 24 OGOS - Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dipertanggungjawabkan kerana menggunakan Daftar Pemilih yang tidak sah untuk Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, apabila mengunakan daftar pemilih yang tidak di'warta'kan (non-gezeted).
"Daftar pemilih yang digunakan kali ini cukup pelik kerana semakan daftar pemilih online umum tidak sama semakan daftar pemilih khas pilihanraya kecil permatang pauh" jelas Fuziah Salleh, Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat.
Menurutnya lagi, seramai 949 nama hilang, dalam daftar pemilih yang di'warta'kan pada 19 Jun, 2008.
868 masih di Permatang Pauh, namun tidak dapat mengundi kerana nama mereka dalam senarai kemaskini (update) bertarikh 31 Julai 2008 yang tidak di'warta'kan digunakan.
Dalam senarai kemaskini tersebut, seramai 861 nama dimasukan, manakala 868 nama dihilangkan.
Senarai kemaskini tersebut hanya dicetak SPR untuk diserah kepada parti-parti bertanding hanya berikan semalam 23 OGOS, 2008.
Penambahan pengundi kurang seratus orang adalah pembohongan.
Mengikut amalan dan peraturan pilihanraya senarai daftar pemilih yang digezetkan sahaja boleh digunakan untuk sesuatu pilihanraya yang berlangsung.
PKR telah menghantar bantahan di SPR semalam.
SPR kini telah menjadi bahan cemohan umum dan meminta badan itu agar berhenti dari bersekongkol dengan parti memerintah, BN.
Monday, August 25, 2008
AWAT NAJIB GELABAH?
Ini pertimbangan politik sebenarnya dan tidak pernah dalam sejarah kita perisytiharan cuti umum dibuat untuk pilihanraya kecil," kata Datuk Seri Najib Razak selepas melawat bilik gerakan BN Mengkuang Titi.
Menurut laporan Bernama, tindakan ketua menteri Lim Guan Eng itu "tidak perlu kerana pilihanraya itu untuk satu kerusi parlimen sahaja" dan bukannya seluruh Pulau Pinang.
BERITA SELANJUTNYA
Awat bang Najib berpeluh...panas ka...Hahhaa baru tahu langit tinggi rendah.Tak pernah sejarah buat pilihanraya hari Selasa tau.Silap negeri la nak buat hari Selasa.Ni bukan Pahang.Ni Penang! Negeri Pakatan Rakyat perintah.Kalau korang buat Pilihanraya hari Selasa! apa salah KM bagi cuti.Nak main taktik kotor pun kena buat banyak homework.kalau buat pilihanraya hari selasa macam mana orang nak keluar undi.kata UNDI ADA SATU KEWAJIBAN.Lu pikir sendiri la beb!
Mr Green
Wednesday, August 6, 2008
Permatang Pauh 26 Ogos 08!
Sementara itu
KUALA LUMPUR 6 Ogos - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibawa ke Mahkamah Majistret Jalan Duta di sini, esok.
Peguamnya, Sankara N. Nair ketika ditemui pemberita di hadapan rumah Anwar di Segambut Dalam, di sini pada pukul 10.40 pagi ini, bagaimanapun enggan mengulas lanjut tujuan anak guamnya dibawa ke mahkamah.
Friday, August 1, 2008
Rabu ini - Sebelum 31 Ogos 08 ?
Dalam pada itu, Setiausaha SPR, Kamaruzaman Mohd. Noor memberitahu Bernama berkata, mesyuarat minggu depan akan turut menetapkan tarikh untuk mengeluarkan writ pilihan raya, tarikh mengeluarkan notis pilihan raya dan daftar pemilih mana yang akan diguna pakai pada pilihan raya kecil itu nanti.
Lazimnya penamaan calon diadakan dalam tempoh tujuh hingga 10 hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan.
Dan, jika tempoh berkenaan adalah lapan atau sembilan hari, pilihan raya kecil itu kemungkinan diadakan minggu terakhir bulan ini.Thursday, July 31, 2008
Sirih Pulang Ke Gagang
Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh.
Ia berikutan tindakan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengosongkan kerusi itu berkuat kuasa hari ini.
Ia diumumkan pada sidang media di sini sebentar tadi.
Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.
Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.
"Hari ini saya secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh bagi membolehkan Datuk Seri Anwar bertanding dalam satu pilihan raya kecil secepat mungkin,"kata Dr. Wan Azizah.
Dalam pada itu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman memberitahu mStar Online bahawa pihak "telah dimaklumkan secara informal" mengenai kekosongan tetapi menunggu makluman rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.
Kata beliau, SPR akan menentukan tarikh sesuai mengadakan pilihan raya kecil sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kekosongan itu secara rasmi.
Jelas beliau, pihaknya akan mengadakan pilihan raya kecil dalam tempoh 60 hari untuk mengisi kekosongan itu.
Ketika ditanya sama ada pilihan raya kecil akan diadakan meskipun kerusi itu dikosongkan atas 'kehendak sendiri', Abdul Rashid memberitahu, bagi pihaknya cara kekosongan itu tidak penting.
"Yang penting apabila ada kekosongan, kekosongan itu akan diisi (dengan diadakan pilihan raya kecil),"katanya.
Reaksi Anwar
Sementara itu, Anwar pula berkata, beliau terharu dan terhutang budi kepada Wan Azizah.
"Selama ini Azizah telah memainkan tanggungjawab sebagai ahli Parlimen dan ketua pembangkang yang cemerlang dan efektif,"katanya sambil menambah keputusan tersebut bukan mudah untuk diambil.
Anwar kata, keputusan itu juga diambil dengan melihat juga kerusi Bandar Tun Razak dan Gombak.
Katanya, pemimpin PAS dan DAP telah menghubunginya dan menyokong penuh beliau bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Menurut, pemimpin DAP, Lim Kit Siang telah menghantar wakil parti itu menghadiri sidang akhbar tersebut, iaitu ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai
Manakala PAS pula, kata Anwar, tidak dapat menghantar wakil sebab mereka sedang bermesyuarat di pejabat agung parti tersebut.
Ditanya mengapa beliau tidak bertanding di kerusi Kulim-Bandar Baharu, Anwar berkata, petisyen yang dikemukakan di situ akan mengambil masa yang panjang untuk selesai.
Mengenai jawatan ketua pembangkang yang kosong selepas Wan Azizah mengosongkan kerusi Parlimennya, Anwar berkata, ia akan diberitahu minggu depan.
Saaaap! Kejutan demi kejutan dari DS Anwar.walaupun aku duga akan pekara ini.in merupakan strategi politik yang cukup cilik! sedang para para traktor BN seluruh negara tertumpu di kulim.Memang aku setuju dengan kerusi ini untuk DS Anwar.Aku akan jangkakan Majoriti yg terbesar akan tercipta.insyallah.
Tak lupa juga mereka (BN) akan berusaha untuk menyekat DS Anwar bertanding. lihat laporan ini
Polis selesai siasatan kes liwat DS Anwar .PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis sudah selesai menjalankan siasatan dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh bekas pembantu peribadinya.berita ini diumum oleh Syed Hamid Albar sejurus lepas DS Dr Wan Azizah mengumun perletakkan jawatan sebagai AP Permatang Pauh.Cilaka Mereka!
Beliau berkata, kertas siasatan itu akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat dan terserah kepada Peguam Negara untuk tindakan pendakwaan.
Mr Green
Tuesday, July 29, 2008
P18 - Lawan Tetap Lawan
Menurut Ezam, beliau tidak gentar menghadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu jika dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) untuk mencabar Anwar.
‘‘Tetapi saya ingin tegaskan bahawa saya memang bersedia. Saya tidak gentar
langsung untuk berhadapan dengan Anwar sekiranya diminta mewakili BN dalam
pilihan raya kecil,”
Ezam Md Nor
Lu Tengok,Lu dengar,Lu kaji...Lu Pikir Sendiri lah
Mr Green
Monday, July 28, 2008
DS Anwar untuk KULIM!
Sejarah dicipta di Kulim malam semalam apabila hampir 20ribu rakyat Kulim Bandar Bharu turun di Dewan Chinese Recreation Center (CRC) untuk mendengar ucapan DSAI.
Ada yang terpaksa meletakkan kenderaan sehingga 5km jauhnya dan berjalan kaki ke Dewan CRC. Program yang dipengerusikan oleh YB Johari Abdul (Sg. Petani) dimulakan dengan ucapan YB Lim Su Nee (ADUN Kulim-Ketua Bahagian PKR KulimBB). Ini diikuti oleh ucapan YB Yakob Husin (ADUN Bandar Bharu-YDP PAS Kawasan KBB) dan YB Senator Zamri Yusof (Ketua Perhubungan PKR Kedah). Turut berucap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang (DAP) YB Prof. E.Ramasamy & Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang YB Fairuz.
Anwar juga menyatakan bahawa UMNO kini yang berada dalam keadaan tidak tenteram dan tidak stabil dan mana mungkin mereka memikirkan masaalah orang Melayu,malah sebelum pilihanraya dulu pun UMNO tidak pernah bercakap mengenai nasib bangsa Melayu.dan kenapa dalam keadaan sekarang mereka baru menyebut untuk membantu orang melayu .
Anwar turut menyatakan bahawa beliau telah menghubungi Presiden Pas, Hadi Awang bagi menyatakan hasratnya untuk bertanding di Kulim-Bandar Bharu dan Presiden Pas telah mengatakan seluruh jentera Pas akan dikerah membantu beliau.
“Sebelum saya ke Kulim saya telah menghubungi Ustaz Hadi dan menyatakan hasrat untuk bertanding di Kulim.Beliau telah memberi jaminan dan komitmen dengan menyatakan bahawa jika saya bertanding di Kulim seluruh jentera Pas di Kedah akan dikerah membantu saya, malah di seluruh Malaysia jentera PAS akan digerakkan bagi membantu saya di Kulim. Begitu juga dengan Lim Kit Siang yang datang kerumah saya bertanya di kawasan manakah yang saya akan bertanding, dan memberi sokongan malah akan menggerakkan jentera DAP untuk membantu dimana sahaja saya bertanding” Jelas Anwar.
Kesemua mereka mengalu-alukan kesediaan DSAI untuk bertanding dalam pilihanraya kecil sebagai langkah pertama menuju Putrajaya.
Tahniah ! ayuh kita berkampung di KULIM untuk memastikan mereka tidak akan tipu rakyat lagi! berkempen secara berkumpulan kerana mereka akan gunakan segala tenaga dan jentera kerajaan untuk mematahkan kempen DSAI. adakan ceramah secara besar besaran.!
Semoga Dato Seri Anwar Menang di KULIM! Insyallah!
Mr Green
Wednesday, July 23, 2008
PETISYEN KULIM - ANWAR BERSEDIA
Zulkifli Noordin, yang berkelebihan majoriti 5,583 undi, kini berdepan dengan petisyen pilihanraya daripada calon BN, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Mahkamah Pilihanraya akan mendengar petisyen itu bulan depan selepas menangguhkan prosiding itu yang asalnya dijadualkan minggu ini.
Menurut mantan timbalan perdana menteri itu, beliau telah membincangkan perkara itu dengan Zulkifli.
Anwar juga sering disebut-sebut bertanding di kerusi asalnya Permatang Pauh yang dimenangi isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Bandar Tun Razak (Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) dan Lembah Pantai (anaknya Nurul Izzah).
Abdul Khalid, kini menteri besar Selangor, juga memenangi kerusi negeri Ijok.
Anwar berkata, belilau juga telah memberitahu pucuk pimpinan PAS dan DAP mengenai perkara tersebut.
Katanya, beliau memutuskan untuk bertanding kerusi Kulim-Bandar Baru tiga minggu lalu sebelum Mahkamah Pilihanraya membuat keputusan Ahad lalu.
Bercakap dalam dalam sidang media di ibu pejabat parti di Petaling Jaya hari ini. Anwar berkata, bagaimanapun, mahkamah telah menangguhkan petisyen itu didengar pada 19 Ogos depan.
Dalam sidang media itu juga, Anwar mengumumkan penyertaan bekas Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Fauzi Abdul Rahman dalam PKR.
Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu.
"Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.
"Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya.
Sementara itu, Anwar sekali lagi menegaskan, beliau tidak mahu DNA-nya diambil kerana sudah mempunyai pengalaman buruk mengenai perkara tersebut.
Oleh kerana itu, katanya, beliau mempunyai sebab untuk merasa syak wasangka jika DNA-nya diambil.
Palu gendang sudah berbunyi,Tentera rakyat sudah bersedia,hanya menunggu hari besar.Ayuh ramai ramai turun berjuang! berjuang menegakkan KEADILAN dan ANGKAT MARTABAT MALAYSIA!
Mr Green
Tuesday, July 22, 2008
Petisyen Kulim: Mahkamah tangguh 19 Ogos
ALOR SETAR, 22 Julai (SK) - Mahkamah Pilihanraya hari ini menanguhkan perbicaraan kepada 19 Ogos depan bagi bantahan petisyen untuk membatalkan kemenangan Ahli Parlimen KeADILan bagi Kawasan Kulim Zulkifli Nordin.
Pada pilihanraya umum yang lepas, Parlimen Kulim dimenangi Zulkifli yang mengalahkan calon BN, Aziz Sheikh Fadzir dengan majoriti 5,500 undi.
Aziz mengemukakan petisyen untuk membatalkan kemenangan Zulkifli dan mendakwa calon KeADILan itu, pada hari penamaan calon gagal mengemukakan penyata perbelanjaan Pilihan Raya 2004, ketika beliau bertanding di Parlimen Kuala Langat, Selangor. Penyata itu merupakan salah satu syarat yang perlu dipatuhi seseorang calon untuk melayakkan mereka bertanding pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.
Pada 16 Jun lepas, Mahkamah menolak bantahan awal yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Kulim Zulkifli Noordin dalam kes petisyen untuk kawasan Parlimen itu.
Bantahan awal biasanya dikemukakan sebelum sesuatu perbicaraan dimulakan untuk menentukan sama ada sesuatu kes mempunyai asas yang kukuh untuk dibicarakan.
Hai tangguh lagi? sengaja ditangguh atau terpaksa ditanggukan? adakah menangguh kes ini berkaitan dengan ucapan DS Anwar di Jasin kemarin? tapi bukan Kulim saja kerusi bole ditandingi oleh DS Anwar.berpuluh lagi kerusi sedia dikosongkan.Apa pun kita bakal menyaksikan pilihanraya kecil kawasan parlimen yang bakal menjelang tidak lama lagi.
Mr Green


