Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts
Showing posts with label UMNO/BN. Show all posts

Wednesday, September 10, 2008

UR' FIRED AHMAD ISMAIL

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta merta.

Perdana Menteri, , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.

Hukuman itu adalah mengikut Perkara 20.9 perlembagaan parti, kata Abdullah, yang juga Presiden Umno, pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat selama dua jam itu di sini hari ini.

Berita Penuh - MSTAR

Friday, September 5, 2008

Tuesday, August 5, 2008

Bila Kepala Bapak Menteri Korupsi


KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato’ Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato’ Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik “of the highest order”.

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.

Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.

Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato’ Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik “of the highest order,” walau apa pun alasan yang diberi.

“Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga,” katanya.

Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

“Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.

“Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno,” katanya.

Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya.

-Harakahdaily.net

Saturday, August 2, 2008

Bila Perompak cakap pasal wang rakyat!

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mencadangkan Barisan Nasional (BN) memboikot pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang diadakan tidak lama lagi ekoran perletakan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Anggota Parlimen kawasan itu semalam.

Beliau berkata, perletakan jawatan oleh Dr. Wan Azizah merupakan strategi politik PKR dalam usaha mengalih pandangan umum terhadap kes liwat yang sedang dihadapi oleh suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, BN juga perlu memboikot pilihan raya kecil itu kerana ia merugikan wang rakyat apabila belanja besar terpaksa dikeluarkan, sedangkan pilihan raya itu sendiri sebenarnya tidak perlu
.

Alahai Annuar Musa, nak sembang pasal duit rakyat ker? cermin diri sendiri la! PPRT (program pembangunan rakyat termiskin) ko sapu nak sembang pasal pembaziran duit rakyat. lagi satu nak habaq mai. bila masa orang guna duit rakyat untuk pilihanraya. selalu orang guna duit parti untuk sesuatu piliharaya kecil atau besar! l

Hah! kantoi!. . Nampak sangat UMNO/BN sendiri yang mengunakan wang rakyat untuk pilihanraya!. Ni lah padah kalau cakap pakai kepala lutut!.Apa la nasib orang UMNO kelantan dapat pengerusi bengap!

Mr Green

Tuesday, July 29, 2008

UMNO pinang PAS di PERAK.

IPOH: Umno Perak hari ini menawarkan kerjasama dengan PAS untuk membentuk kerajaan negeri itu sebagai Menteri Besar sebagai langkah permulaan ke arah penyatuan kedua-dua parti berkenaan.



Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, tawaran itu adalah bagi menyahut saranan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya Umno dan PAS dibubarkan dengan menubuhkan sebuah parti baru berlandaskan Islam bagi menyatukan orang Melayu dan sebagai tempat berlindung kepada semua pihak termasuk bukan Islam.

"Umno Perak mahu memulakannya dengan langkah pertama ke arah penggabungan. Ini langkah awal elak perpecahan Melayu dan bagi mewujudkan kestabilan politik serta sebuah kerajaan negeri Perak yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita di pejabat Umno Perak di sini.

Bagaimanapun Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari PAS dengan tegas menolak cadangan yang dikemukakan oleh Tajol itu.

“Pada PAS, kami akan bersama Pakatan Rakyat buat selama-lamanya. Kami tidak akan berpasangan dengan mereka (Umno). Kami adalah Pakatan Rakyat, komposisi PAS, DAP dan PKR," kata beliau pada sidang di sini.


Kenapa baru sekarang baru teringat nak bergabung.Baru teringat nak jaga melayu.baru sedar? nah sudah terlambat yeop!

Mr Green

Wednesday, July 23, 2008

PAS KEKAL DALAM PAKATAN RAKYAT! TOLAK UMNO



KOTA BHARU, 23 Julai: Pemimpin tertinggi PAS menegaskan tidak pernah berbangkit PAS hendak bergabung atau berkongsi kuasa dengan Umno bahkan akan kekal dalam Pakatan Rakyat.
Apa yang dilakukan oleh beberapa pemimpin PAS adalah bersemuka (muqabalah) dengan para pemimpin Umno untuk menyelesaikan masalah yang berlaku di kalangan rakyat di negeri-negeri Pakatan Rakyat.

Tujuh daripada 13 anggota anggota Majlis Syura Ulamak Rabu lalu mengambil masa kira-kira sejam lima minit membincangkan kekeliruan berhubung ‘muzakarah’ yang dikatakan telah berlaku antara pemimpin PAS dan Umno baru-baru ini.

Pertemuan tertutup itu dipengerusikan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang bermula kira-kira pukul 4.05 minit petang tadi di JKR 10, kediaman rasmi MB Kelantan.

Hadir sama dalam pertemuan itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Muhammad Daud dan Datuk Abdul Halim Abdul Rahman.

Ketika bertemu dengan media, tiga pemimpin utama PAS, Datuk Nik Abdul Aziz, Datuk Seri Abdul Hadi dan Datuk Dr Harun Din berkata, PAS tetap komited dengan Pakatan Rakyat.



Laporan lanjut dalam Siasah Jumaat ini.

Nampaknya usaha UMNO/BN untuk memujuk PAS tak berjaya,UMNO/BN kini diambang kejatuhan telah cuba sedaya upaya untuk berpaut dengan PAS demi menyelamatkan Parti dan Jawatan mereka.

Ketegasan TG Nik Aziz membuat geng UMNO putih mata,sebaliknya mereka sekali lagi menunding jari kearah DS Anwar kerana pengaruhnya yang menghalang mereka bermuzakarah.

tapi ini jawapan DS Anwar bila ditanya oleh wartawan

Anwar juga diminta mengulas mengenai perbincangan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan pucuk pimpinan PAS sejak pilihanraya umum lalu.

"Tiada sebab untuk mempersoalkan kepimpinan PAS, mereka mahu kekal dalam Pakatan Rakyat.

"Kerjasama dan komitmen mereka masih kuat dan Pakatan masih kuat," katanya.

Mr Green

Saturday, July 19, 2008

BILA KHAIRY MINTA DNA ANWAR

BILA KHAIRY MINTA DNA ANWAR
Petikan dari http://shamsuliskandar.wordpress.com

Berikut saya sertakan trasnkrip hansard dewan rakyat bertarikh 16 Julai 2008. Persoalan utama ialah bagaimana Khairy mengetahui dengan terperinci perjalanan siasatan kes Dato’ Seri Anwar Ibrahim ? Apakah Khairy cuba menjadi jagoan baru PM 2010 (mungkin tidak) Najib Tun Razak ? Antara intipati utama hansard dewan rakyat ini ialah :

1. Apakah Khairy tahu isi kandungan laporan polis yang dibuat terhadap Anwar dan bagaimana beliau boleh desak supaya Anwar memberikan DNA walhal baru ditahan oleh polis ?

2. Laporan polis yang dibuat oleh Saiful tidak diserahkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini atas arahan daripada atas. Arahan siapa dan apa motif ? Laporan polis adalah dokumen awam, kenapa tidak diserahkan kepada Dato Seri Anwar ? Apakah setelah memberi keterangan semalam, baru laporan polis dibuat ?

Transkrip Sepenuhnya

Monday, July 14, 2008

BILA EZAM KOTAK BICARA

EZAM KOTAK

Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar

- Ezam Md Nor
Mr Green - Mencari publisiti murahanApa masalah sebenar Ezam kotak ni. Sekali lagi dia nak bersumpah!..sumpah keramat! seperti mana dia bersumpah dalam PKR dulu. haha. Ezam yang lucu. Belum lagi Mr Green baca artikel yang Anwar menghentam dia dan Green yakin yang Anwar malas nak layan dia kerana kalau dilayan maka dia akan dapat publisti murahan.Ingat Ds Anwar Bodoh macam loe Ezam?

Friday, July 11, 2008

2010 - PERALIHAN KUASA

2010 - PERALIHAN KUASA

MALAYSIAKINI - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan bahawa beliau akan menyerah kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertengahan tahun 2010.

Beliau membuat pengumuman tersebut selepas pertemuan dengan ketua-ketua bahagian Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini. Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno lebih dua jam mulai jam 3 petang tadi.

Ni Jawapan Che Det..


KUALA LUMPUR, July 10 — Tun Dr Mahathir Mohamad, who turned 83 today, dropped a bombshell — he predicted that Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi will never allow his deputy Datuk Seri Najib Razak to take over as Prime Minister.

Writing in his blog chedet.com, the former premier did not mince his words when putting forth his theory.

Dr Mahathir said that although Abdullah promises that Najib would succeed him by 2010, allegations would be hurled against the deputy prime minister before then to show up his inability to take over.

Continue