No1 Controversial blogger Raja Petra Kamaruddin has been detained under the Internal Security Act, said his wife Marina Lee Abdullah.
No2 Wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada jam 8.30 malam ini di rumahnya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang
No3
DAP’s Teresa Kok is the latest to be arrested under Section 73 (1) if the ISA Friday.Kok, who is Seputeh MP and also assemblyman for Kinrara, was arrested at 11.20pm Friday.Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar confirmed Kok’s arrest.
PKR hari ini meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.
Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.
"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya agensi berita AFP.
"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."
Macam Sial.Kerajaan Bacul! Kerajaan memang mengundang malapetaka.Kuburkan mereka!
KUALA LUMPUR 17 Julai _ Polis mungkin menimbang pelbagai tindakan termasuk menggunakan perintah mahkamah bagi mendapatkan sampel DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, ini berikutan keengganan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membenarkan sampelnya diambil di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi.
Ismail menjelaskan demikian pada sidang akhbarnya di Bukit Aman petang ini. - Utusan
Beria ia sungguh sang polis (kuda kerajaan barisan nasional) ini mahukan DNA DS Anwar. Sehari lepas Khairy Jamaludin di Parlimen mensyorkan diambil sampel DNA dari DS Anwar. Adakah Khairy Jamaludin sudah tahu tentang laporan polis ,kalau tidak bagaimana dia mengsyorkan ambil sampel DNA DS Anwar.Kebetulan? Pelikkan?Allah tu maha kaya .. sehingga kini peguam DS Anwar masih belum terima laporan polis mengenai kes liwat itu. Rahsia Besar barangkali.Sekarang polis mahu gunakan perintah mahkamah untuk mengambil sampel ujian DNA DS Anwar. kenapa mahu sampel DNA sekarang? mereka sudah ada sampel DNA DS Anwar dahulu. Pelikkan? sudah takde idea ke polis nak siasat.kalau DNA takde tak bole siasat?...Korang tunggu la balasan Allah kepada orang yg difitnah dan dizalimi..
apa sudah terjadi pada individu yang terlibat dalam kes LIWAT 98 dahulu.korang cari la sendiri sumbernya.malas aku nak cerita...
Musa enggan komen penahanan Anwar 16/07/2008 6:00pm
SEPANG 16 Julai – Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini enggan mengulas mengenai cara polis yang menggunakan pasukan komando bertopeng untuk menahan Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.
Ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini petang ini, Musa tidak mahu menjawab sebarang soalan mengenai penahanan Anwar berhubung kes liwat itu.
Pada awalnya, menjawab soalan wartawan mengapa polis komando bertopeng yang diarah menangkap Anwar, Musa berkata:
“Mana ada.. polis takkan tangkap orang pakai topeng.”
Tetapi apabila diberitahu bahawa seorang jurugambar sempat merakamkan peristiwa penahanan Anwar oleh sepasukan komando bertopeng itu, Musa menjelaskan:
“Saya baru sampai (dari Brunei), saya tak tahu menahu, saya tak ada komen,” katanya.
Musa baru pulang dari Brunei kerana menerima Pingat Darjah Pahlawan Negara Brunei Yang Amat Perkasa Darjah Pertama sempena Hari Keputeraan Ke-62 Sultan Hassanal Bolkiah di Istana Darul Iman, Bandar Seri Begawan semalam.
Ingat rakyat buta ka...cik Musa oi. Seluruh rakyat dah tonton berita. Jelas ada polis bertopeng! kalau hang tak tahu polis pakai topeng,hang buat kerja apa?...Pegawai hang buat kerja pun tak tau....LETAK JAWATAN LA!
Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini.
Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya.
Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan timbalan perdana menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur.
Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.
Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan.
Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan.
Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu.
Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit.
Naib presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang.
Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat.
Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.
Kira-kira 200 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur.
Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh.
Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari.
Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Di bawah seksyen baru ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu.
Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
sudah dijangka dari awal.Agenda untuk menahan DS Anwar memang dirancang,kalau bukan dirancang kenapa tidak tunggu sehingga jam 1430 petang seperti dijadualkan? satu lagi KONSPIRASI POLITIK mereka!Dayus!
KUALA LUMPUR 15 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kini merupakan suspek kes liwat dan polis telah memperoleh waran tangkap terhadapnya.
Waran tangkap ke atas Anwar itu dinyatakan dalam sepucuk surat yang difaks ke pejabat peguamnya, S. N. Nair petang ini.
Nair berkata, status Anwar sebagai suspek kes liwat ekoran laporan yang dibuat oleh bekas pembantu Penasihat PKR, Mohd. Saiful Bukhari Azlan itu diberitahu oleh pegawai penyiasat kes berkenaan, Deputi Supritendan Jude Pereira.
“Surat itu meminta Anwar untuk hadir memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pukul 2 petang esok.
“Anak guam saya telah pun menyatakan persetujuan untuk hadir,” katanya.
Tambah Nair, sebelum ke IPK Kuala Lumpur esok, pada pukul 10.30 pagi Anwar akan ke Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk diambil keterangan berhubung kes lain.
Cerita sudah bermula. cuma tahun beda. kesinambungan 98. kita lihat apa jalan cerita seterusnya.
apa pun yok kita lekatkan punggung anda di atas kerusi malam ini sambil tonton debat minyak!