Friday, September 12, 2008

Bursa Malaysia merudum

Bursa Malaysia merudum - Paras terendah dalam lapan tahun

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Harga saham di Bursa Malaysia jatuh ke paras terendah lapan tahun berikutan penjualan saham perladangan dan kewangan.

Pada masa yang sama, nilai ringgit juga merosot ke paras terendah dalam tempoh setahun.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL), penanda aras pasaran tempatan turut dipengaruhi oleh berita bank pelaburan Amerika Syarikat (AS), Lehman Brothers dilaporkan mengalami kerugian lebih besar disebabkan krisis kewangan dan masalah kredit.

Bursa Malaysia menyertai bursa-bursa utama di Asia mengalami kejatuhan apabila IKKL ditutup jatuh 21.63 mata kepada 1,041.07 mata hari ini.

Sumber Utusanonline

hahahaha Pelabur semua dah lari....BSKL suspend 2 kali
atas masalah teknikal konon. pelabur semua angkat kaki bungkus la sebab tu
suspend aktiviti....Pelabur dah tak caya ngan kerajaan sekarang.Mereka tunggu
kerajaan baru amik alih baru mereka masuk melabur...hampeh!

No comments: