Ramai orang tanya saya boleh ke Anwar tunaikan janji dia membentuk Kerajaan 16 Sept ini. Ternyata ramai yang skeptikal.Saya nak bawak satu citer kat ngkorang. 2-3 hari sebelum penamaan calon PRU12, Anwar dok sembang dgn kami. Dia arahkan saya bertanding ke Kulim Bandar Bharu. Saya kata pegi ke situ kira kamikaze jer Bos..nak lawan Be End dgn segala machinery dan kemudahan yang depa ada. Saya pulak dibekalkan hanya RM5,000, poster 500 & bendera 100. Memang nak kena sembelih aje lah dgn Be End, tambah pulak Kulim BB kubu kuat Ameno.Tapi Anwar kate hangpa jgn risau, takat ari ni (iaitu Feb 2008) kita dapat 48% sokongan. So insyallah boleh menang. Saya dan kawan-kawan yang lain dok angkat kening very skeptikal. Tapi ternyata apa yang Anwar janji berlaku. Gelombang kebangkitan rakyat begitu hebat sehingga menjadi tsunami politik yang tidak pernah dilihat.Begitu juga masa pilihanraya kecil Permatang Pauh..kami semua skeptikal Anwar boleh dapat majoriti besar, walaupun kami yakin dia akan menang. Anwar bagitau kami dia akan dapat lebih 15,000 majoriti. Kami dok angkat kening macam mana nak dapat macam tu punya majoriti dengan tuduhan sodominya, sumpah Sepol nya, serangan Ezam & the Gang dan lain-lain lagi. Tapi ternyata janji Anwar berlaku..malahan kami dapat lebih majoriti yang dijangka!Kini tinggal janji Anwar untuk bentuk kerajaan 16 Sept..hanya tinggal 15 hari je lagi. Ramai yang skeptikal.
Tapi saya nak bagitahu you all semua..don't be surprised if Anwar can pull it thru'..just wait & see..adios
Petikan dari
YB Zulkifli Nordin
zul4kulim.blogspot.com
Monday, September 1, 2008
16 SEPT - TAK PECAYA KA?...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment