Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Lahir dan Batin!
BUAT WARGA BLOGGER SEMUA
‘‘Di samping itu individu yang menawarkan habuan seks itu akan didakwa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan India Muslim Perak di sini hari ini.
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.
Azmin Ali
http://blog.azminali.com/
TKO
TERBARU:PM tolak surat letak jawatan Zaid
Sumber-sumber beritahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menolak surat perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.Perdana Menteri sebaliknya minta beliau ambil cuti dua minggu.Zaid dikatakan telah menemui Abdullah di kediaman rasmi Perdana Menteri petang Isnin.- 15/9/2008
KUALA LUMPUR 15 Sept. - Datuk Zaid Ibrahim hari ini meletakkan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Surat perletakan jawatan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri di Putrajaya pada pukul 2 petang ini.
Syabas! Janji Zaid jangan jadi Macam Menteri "Bangang" sorang tu!..
16 Jam ajer tahan..Ni bukan tahanan ISA....Ni tahanan SIA SIA!....hampeh!
Ini sudah cantek! dari berita yang Mr Green terima , semuanya nampak teratur.Kesabaran tahap tinggi perlu ditanam kepada rakyat buat sementara waktu.Insyallah Kerajaan baru akan dibentuk dengan AMAN.Berita baik dikalangan yang akan menyertai Kerajaan baru kelak. Bukan calang calang orang ! 16 Sept pasti ada yang seberang insyallah cuma tertubuhnya kerajaan baru itu menghitung hari!
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar diberitakan telah diserang oleh sekumpulan lelaki ketika melawat Pasar ramadan diKg. Kerinci jam 5 petang tadi.
Aktivis parti, Sdr. Partibhan, Sdr Amin Mian dan beberapa lagi pendokong Keadilan Lembah Pantai telah cedera dibelasah ketika cuba menyelamatkan Nurul Izzah. Beliau kini selamat.
Siasatan sedang dibuat untuk mengenalpasti identiti penyerang.
Memang bangsat identiti yang menyerang tu..siasatan mesti disegerakan.Cari dalangnya.jangan jadikan budaya ini menular! . tindakkan menyerang YB Nurul sepertinya memberi amaran kepada DS Anwar dikala DS Anwar sedang membentuk kerajaan baru. Sial Penyerang itu.!
DAP’s Teresa Kok is the latest to be arrested under Section 73 (1) if the ISA Friday.Kok, who is Seputeh MP and also assemblyman for Kinrara, was arrested at 11.20pm Friday.Deputy IGP Tan Sri Ismail Omar confirmed Kok’s arrest.
TO BE UPDATE...
hahahaha Pelabur semua dah lari....BSKL suspend 2 kali
atas masalah teknikal konon. pelabur semua angkat kaki bungkus la sebab tu
suspend aktiviti....Pelabur dah tak caya ngan kerajaan sekarang.Mereka tunggu
kerajaan baru amik alih baru mereka masuk melabur...hampeh!
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuat kuasa serta merta.
Perdana Menteri, , Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Majlis Tertinggi (MT) Umno yang bermesyuarat hari ini berpendapat kenyataan dan tindakan Ahmad yang menimbulkan keresahan dan bantahan daripada partiparti komponen Barisan Nasional (BN) adalah serius.MUKTAHIR
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini menangguhkan kes liwat terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada 24 September depan ekoran bantahan terhadap perintah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Apabila kes itu disebut pada jam 9.58 pagi tadi di hadapan Hakim SM Komathy Suppiah, pihak pendakwa telah mengemukakan perintah untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.
Bagaimanapun, para peguam Anwar mempertikaikan perintah tersebut kerana ia ditandatangani oleh Abdul Gani, yang menurut mereka, tidak sepatutnya terbabit dalam kes tersebut kerana beliau adalah pihaknya disebut dalam aduan polis yang dibuat oleh Anwar berhubung dakwaan mereka bukti terhadapnya pada 1998.
Mereka berhujah bahawa sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar
Beliau dihadapkan di mahkamah yang sama pada 7 Ogos lalu atas tuduhan tersebut dan Hakim SM Komathy membenarkan Anwar dibebaskan dengan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin.
Beliau juga menetapkan kes itu disebut pada hari ini.
"Kami bersyukur YAB Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) faham tentang isu tersebut dan ini boleh kita nilai sendiri dari kenyataan akhbar yang dibuat oleh beliau sebaik sahaja selesai mesyuarat Badan Perhubungan Umno Negeri Pulau Pinang.Dan selepas sidang akhbar itu ....
"Pak Lah telah meminta saya untuk membuat satu lagi sidang akhbar - maka inilah kita adakan sidang akhbar pada hari ini," kata Ahmad.- MKini
Bekas ahli badan perhubungan Umno negeri, Zainol Abidin Hashim, dengan bantuan rakan-rakannya telah menurunkan gambar Dr Koh dari dinding ibupejabat Umno tersebut.
Zainol kemudiannya mengeluarkan gambar Dr Koh dari bingkai gambar dan mengoyaknya.
"Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya," katanya. - bernamaKubur kan UMNO untuk selama lamanya.
Dr Mohd Osman Abdul Hamid, the Puswari Hospital doctor who
examined Mohd Saiful Bukhari Azlan, appeared in public today to stand by his claim that he found no evidence of sodomy on the alleged victim.
Nalla - Adjodjo ... susah lah saya. Amacam boleh menang ha?
Ezam - Nasib la ... hey Macang ... itu RM60 juta ada kasi dia ka?
Nalla - haiyo ... sudah kasi woo
Ezam - Sikit pun tarak simpan ka?
Nalla - Itu bikin PWTC ... la. Sekarang BPR tanya pun saya jatuh lidah mau cakap wo. Itu kotak amacam?
Ezam - Mana ada ... itu kotak kasut jugak
Nalla - Apasal lu tipu?
Ezam - Tipu la mau kasi menang.
Nalla - Ajojo ... mati la. Lu mana mau lari sekarang?
Ezam - Tak tau la. Ingat mau lari Indonesia la ... Lu?
Nalla - Aku ingat mau angkat sumpah la...Cakap aku sudah kena liwat sama dia. Lu ingat orang caya ka?
Ezam - Kadawale ... lu gila ka? Sapa mau caya lu kena liwat.
Nalla - Apasal ? Lu ingat aku punya belakang tarak cantik ka?
Ezam - Bukan talak cantik ... tapi talak nampak ...
Nalla - Hayo ... mati la.
Ramai orang tanya saya boleh ke Anwar tunaikan janji dia membentuk Kerajaan 16 Sept ini. Ternyata ramai yang skeptikal.Saya nak bawak satu citer kat ngkorang. 2-3 hari sebelum penamaan calon PRU12, Anwar dok sembang dgn kami. Dia arahkan saya bertanding ke Kulim Bandar Bharu. Saya kata pegi ke situ kira kamikaze jer Bos..nak lawan Be End dgn segala machinery dan kemudahan yang depa ada. Saya pulak dibekalkan hanya RM5,000, poster 500 & bendera 100. Memang nak kena sembelih aje lah dgn Be End, tambah pulak Kulim BB kubu kuat Ameno.Tapi Anwar kate hangpa jgn risau, takat ari ni (iaitu Feb 2008) kita dapat 48% sokongan. So insyallah boleh menang. Saya dan kawan-kawan yang lain dok angkat kening very skeptikal. Tapi ternyata apa yang Anwar janji berlaku. Gelombang kebangkitan rakyat begitu hebat sehingga menjadi tsunami politik yang tidak pernah dilihat.Begitu juga masa pilihanraya kecil Permatang Pauh..kami semua skeptikal Anwar boleh dapat majoriti besar, walaupun kami yakin dia akan menang. Anwar bagitau kami dia akan dapat lebih 15,000 majoriti. Kami dok angkat kening macam mana nak dapat macam tu punya majoriti dengan tuduhan sodominya, sumpah Sepol nya, serangan Ezam & the Gang dan lain-lain lagi. Tapi ternyata janji Anwar berlaku..malahan kami dapat lebih majoriti yang dijangka!Kini tinggal janji Anwar untuk bentuk kerajaan 16 Sept..hanya tinggal 15 hari je lagi. Ramai yang skeptikal.
Tapi saya nak bagitahu you all semua..don't be surprised if Anwar can pull it thru'..just wait & see..adios
Petikan dari
YB Zulkifli Nordin
zul4kulim.blogspot.com
Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?
Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."
Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.
Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri.
Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."
Wasalam