Wednesday, October 29, 2008

Omar Mokhtar - Singa Padang Pasir



Tokoh terbilang ini nama penuhnya Omar al-Mokhtar Muhammad Farhat Abridan Muhammad Mukmin Buhadimeh Abdullah bin Manaf Bin Muhsen bin Hasan bin Ikrimah bin al-Wataj Bin Sufyan bin Khaled bin al-Joshafi bin Toher Bin al-Arqa’ bin Sa’id bin Uwaidah bin al-Jareh bin Khofi bin Hisham Bin Manaf al-Kabir yang berketurunan sampai kepada bangsa Quraisy.

Omar dilahirkan di perkampungan Timur Jenzur di timur Libya bersempadan dengan Mesir pada 1858M. Beliau lahir dalam keadaan yatim piatu apabila kedua-dua ayah dan ibunya meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Makkah untuk menunaikan ibadat haji.

Omar mendapat pendidikan awal di desanya sebelum melanjutkan di peringkat menengah di bandar al-Jaghbub kira-kira 500 kilometer dari ibu negara Libya, Tripoli.

Beliau menetap di situ selama lapan tahun untuk mendalami ilmu-ilmu agama di tangan para ulama tersohor seperti Imam Saiyid al-Mahdi as-sanusi tokoh ulama sufi tarekat as-Sanusiyyah. Beliau sempat belajar bahasa Arab, subjek-subjek yang berkaitan dengan Syariat Islamiah, ilmu-ilmu al-Quran dan menghafaznya dalam usia yang begitu muda.


Kepintaran beliau dapat dikesan oleh para gurunya dan mendapat perhatian serius dalam setiap subjek yang dipelajari. Begitu juga bakat kepimpinan yang ditampilkan beliau semasa belajar di situ. Beliau sering dipuji melangit oleh guru-gurunya kerana contoh teladan yang ditunjukkan di samping disiplin ketika belajar.

Beliau telah diminta oleh Syeikh al-Mahdi untuk mengiringinya ke Sudan dan Chad pada 1899 ketika beliau berusia 37 tahun memimpin pasukan mujahidin as-Sanusiyyah menentang penjajah Perancis, di mana beliau sudah mula terlibat dalam jihad menentang penjajah yang sering mendatangkan masalah kepada negara.

Menyertai Jihad

Libya merupakan destinasi kedua Itali selepas Turki yang ditaklukinya pada 29 September 1911 untuk melenyapkan pemerintahan Islam Othmaniyyah yang akhirnya jatuh pada 1924 di tangan Inggeris. Ia menghadapi tentangan hebat daripada tentera Itali yang mahu menakluk Libya seluruhnya, ini bermakna selepas tahun 1911, suasana untuk belajar secara formal tidak lagi dianggap munasabah, kerana di mana-mana pelosok dibanjiri dengan peluru dan bom tentera Itali.

Omar al-Mokhtar telah biasa dengan suasana itu. Ketika umurnya 37 tahun beliau telah menyertai jihad menentang Perancis di sempadan Sudan dan Chad, iaitu satu usia yang dianggap muda khususnya dalam suasasan peperangan.

Libya menanti kehadiran pasukan tentera laut Itali yang menyeberangi Laut Mediterranean untuk menyusup masuk bandar Tripoli dan Benghazi pada 1912, iaitu dianggap tahun berlakunya peperangan besar antara tentera Itali dan Libya.

Mujahidin Libya yang diketuai oleh Omar al-Mokhtar berjaya membunuh belasan tentera laut Itali, mengusir 400 daripada mereka dan merampas persenjataan perang serta alat-alat kelengkapan perang yang menjadikan pergerakan mereka lebih mudah untuk mengusir dan bertahan.

Kejayaan Omar al-Mokhtar menghadapi tentera Itali boleh dibahagikan kepada tiga aspek penting :

  1. Menghalang kemasukan tentera laut Itali dari Mesir dan memperkukuh barisan mujahidin di bandar Marmarika.
  2. Pengawasan mujahidin di persempadan negara-negara jiran seperti di al-’Arqub, Salnatah dan al-Mukhili.
  3. Persediaan mujahidin sepenuhnya di Miswas dan Ajdabiya yang merupakan pintu masuk penjajah.

Jeneral Itali yang bertugas pada waktu itu sudah dapat menghidu pergerakan Omar al-Mokhtar serta perancangannya, maka beliau mengarahkan supaya mencetuskan peperangan hanya menunggu di Umm Syakhnab, Syalizimah dan Zuwaitinah, ia berlaku pada 1914M hingga tercetusnya Perang Dunia Pertama.

Ketokohan Omar Terserlah

Perang Dunia I berlarutan antara 28 Julai 1914 hingga 11 November 1918 dan ia bermula di rantau Balkan dan ketika itu juga kebanyakan negara-negara Barat atau lebih dikenali sebagai negara-negara yang menyimpan dendam kesumat terhadap Islam akibat kekalahan dalam perang Salib satu ketika dahulu. Mereka menyimpan hasrat untuk membalas dendam terhadap negara-negara umat Islam di seluruh dunia. Negara-negara yang jelas menunjukkan kebencian terhadap Islam adalah seperti Belanda, Perancis, Jerman, Itali, Britain, Sepanyol dan lain-lain.

Apabila tentera Itali mula memasuki Libya peringkat demi peringkat serta mencetuskan kekacauan pada 1922, Omar al-Mokhtar menyusun strategi untuk menghadapi kemaraan tentera-tentera Itali yang tidak diundang.

Selain sibuk dengan kelas-kelas pengajian al-Quran dengan anak-anak orang kampungnya, beliau tetap mempersiapkan generasi muda untuk bangkit berjihad ketika beliau mencecah usia hampir 50 tahun. Tetapi semangat untuk berjihad tetap membara seperti ketika beliau menemani gurunya satu ketika dahulu di sempadan Sudan dan Chad menghadapi kerakusan bala tentera Perancis.

Omar al-Mokhtar dan anak-anak buahnya yang berjihad walaupun pada peringkat awal berjaya melepasi serangan demi serangan daripada pihak Itali yang merasakan bahawa kepimpinan dan pengalamannya dalam peperangan sukar untuk ditembusi, kepimpinannya dikagumi pihak musuh, namun kehadiran tentera Itali di bumi Libya adalah untuk menaklukinya.

Justeru, mereka juga mempunyai pelbagai perancangan dan kemudahan peralatan berbanding Omar dan rakan-rakannya yang berbekalkan senjata lapuk. Namun keimanan yang cukup tingi kepada Allah SWT merupakan senjata ampuh yang sukar dikalahkan dan mereka tetap menjadi sasaran musuh untuk dikalahkan. Bagi mereka (musuh Itali) jika Omar dapat dikalahkan bermakna mudahlah Libya di bawah penguasaan mereka.

Dihukum Gantung Sampai Mati

Akhirnya Omar berjaya ditahan. Beliau dan beberapa orang kanannya didakwa dan dibicarakan, keputusan menyebut bahawa Omar al-Mokhtar didapati bersalah kerana melawan kerajaan Itali dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.

Sebelum beliau digantung pada pagi 16 September 1931 di hadapan pembesar Angkatan Tentera Itali, beliau meminta izin untuk berpesan kepada seluruh rakyat Libya yang hadir untuk menyaksikan hukuman berkenaan dan jasadnya yang terakhir sebelum terkulai layu sebagai syahid.

Beliau meingatkan kepada mereka: “Kita tidak akan menyerah dengan mudah kepada pihak musuh, kerana sama ada kita menang ataupun kita mati, ini bukanlah penghujung perjuangan kita. Bahkan kamu semua juga akan menghadapi peperangan demi peperangan, jika kamu gugur, ia akan diteruskan oleh generasi selepas kamu, adapun umur aku sendiri hanya setakat ini, tetapi ia terus hidup menjadi kenang-kenangan sampai bila-bila (sekurang-kurangnya aku telah menunjukkan jalan yang baik) untuk mempertahan agama Allah yang benar di muka bumi ini.”







AL FATEHA BUAT UMAR MUKHTAR..

Friday, October 24, 2008

BELANJAWAN ALTERNATIF PAKATAN

MENANGANI KEMELUT EKONOMI DAN MEMULIH KEYAKINAN

SARANAN PAKATAN RAKYAT

UNTUK BELANJAWAN 2009

23 OKTOBER 2008

PENDAHULUAN

Pakatan Rakyat dengan penuh rasa tanggungjawab ingin mengemukakan beberapa cadangan kepada Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen masih meneruskan perbahasan Belanjawan 2009 yang telah dibentangkan pada 29 Ogos tahun ini. Saranan kami dikemukakan berdasarkan realiti terkini krisis ekonomi dan kewangan global, kejatuhan teruk pasaran komoditi serta kesan beberapa faktor lainnya terhadap Malaysia.

Kepincangan Belanjawan 2009 tampak jelas, bukan sahaja pada jangkaannya tetapi juga preskripsi untuk mengemudi negara bagi mengharungi badai kemelesetan ekonomi global yang dijangka berpanjangan pada 2008 dan 2009. Kepimpinan negara seolah-olah tidak mempunyai arah tuju dan seperti tidak menyedari kemunculan cabaran dalam bentuk inflasi, peningkatan pengangguran dan penguncupan kemasukan dana asing. Yang lebih menakutkan adalah sikap tidak mahu mengakui (state of denial) ramalan kemuraman ekonomi. Kebanyakan negara maju, yang selama ini menjadi rakan dagang penting ekonomi Malaysia, sedang bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan berlakunya kemelesetan ekonomi terburuk semenjak dari setengah abad yang lalu. Namun para pemimpin kita masih belum atau tidak langsung membuat sebarang kenyataan atau merangka polisi yang menunjukkan pemahaman mereka terhadap realiti ini.


Teks Sepenuhnya - BELANJAWAN ALTERNATIF PAKATAN 2009

MINYAK SINGAPURA

BERITA baik bagi pemilik kenderaan. Harga minyak - petrol dan diesel - merosot lagi sebanyak lima sen seliter semalam.

Kemerosotan itu disebabkan oleh krisis kewangan dan ketidaktentuan ekonomi sedunia.

Ini merupakan pengurangan kali kedua dalam seminggu dan pemotongan kali ke-10 sejak Julai lalu setelah harga minyak mentah terus merosot.

Penurunan lima sen bagi kesemua gred petrol itu bermakna harga petrol oktana 92, 95 dan 98 masing-masing kini $1.763, $1.796 dan $1.87 seliter.

Harga petrol premium seperti Shell V-Power dan Caltex Platinum kini $1.999 dan $1.996.

Minyak diesel turut merosot lima sen seliter kepada $1.553.


Harga minyak mentah sedunia menjunam kepada paras terendah dalam tempoh 16 bulan kepada AS$66.75 ($100) setong Rabu lalu.

Krisis kewangan sejagat terus mengurangkan permintaan selain meredakan spekulasi oleh dana lindung nilai (hedge fund).

BERITA HARIAN SINGAPURA
....


Saturday, October 18, 2008

CERITA

Dalam sidang parlimen 13 Oktober yang lalu, Ketua Oposisi, Dato Seri Anwar Ibrahim mendedahkan kecurigaan besar berkenaan skandal pembelian 12 unit Eurocopter Cougar EC725 yang melibatkan kewangan negara berjumlah RM2.317b. Skandal ini dilapor melibatkan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Najib Tun Razak yang sebelum ini dikaitkan dengan skandal komisen Scorpene dan Sukhoi.

Pendedahan melalui surat yang ditulis oleh Kapten (B) Dato Zahar Hashim selaku Pengerusi Mentari Services turut melaporkan bahawa proses LOI (Letter Of Intent) tidak mengikut prosedur dan keputusan pembelian dibuat tanpa menemui wakil jualan atau mendapat penerbangan ujian terlebih dahulu.

Saya terbaca pula laman Defense Industry Daily yang melaporkan keputusan kerajaan Brazil membeli helikopter tempur jenis sama dengan harga lebih USD1b.



Brazil and France sign an agreement in principle for Eurocopter to build helicopters in the South American country via its subsidiary Helibras. Brazil’s Defense Minister Nelson Jobim reportedly said that the country intended to buy 50 “Super Cougar” models, the first of which would be delivered in 2010. The deal’s value is reportedly around $1.2 billion.


Perkara sama turut dilaporkan oleh The Economics Times

Menurut laporan laman ini, pembelian 50 unit helikopter Multi-Mission ini akan melibatkan jumlah kewangan sebanyak RM 4.14b (USD 1.2b) atau RM82.8 juta bagi setiap unit. Sila bandingkan dengan Malaysia yang membeli 12 helikopter jenis ini dengan harga RM2.317b atau RM 193.08 juta bagi setiap unit.

Perbezaan harga yang diperolehi adalah RM 110.28 juta bagi setiap unit.

Selain itu turut dilaporkan dalam pakej pembelian itu adalah:

Under the agreement in principle, France would transfer technology and help Brazil expand the export capacity of its aviation industry by aiding the assembly of helicopter components such as engines and electrical systems, the statement said. (Sources: India Times)

Sudahlah mendapat harga yang lebih murah, bantuan teknikal, pemindahan teknologi dan bantuan dalam pemasangan komponen helikopter.

Memang benar, spesifikasi setiap negara berbeza apabila melibatkan pembelian unit helikopter yang sama. Namun, kalau perbezaan harganya mencecah 233% bagi setiap unit, itu apa namanya?

Silakan Dato Najib..

Petikan dari blog - http://ibnuzack.blogspot.com/

Sunday, October 12, 2008

EUROCOPTER



ikuti pendedahan tersebut di Perak Express.

Saturday, October 11, 2008

DATUK

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

Shah Rukh Khan dapat datuk? lepas ni bole la Jackie Chan intai peluang datuk pulak no.Punya la banyak artis veteran yang banyak berjasa seperti S Shamsuddin , Kuswadinata (antara nama puluhan yg ada) tup tup Shah Rukh Khan yang dapat? baguih sangat la tu. aku tak heran la kalau ketua menteri melaka yang rekemen. memang akai dia kat situ saja tak bole upgrade lagi dah. elok artis veteran boikot saja jangan terima datuk. bagi aku personally ini satu penghinaan bagi artis kita yang bersusah payah naikkan martabat filim kita orang lain dapat hasil dengan memiliki sedikit wajah tampan dan menjadi kegilaan kaum kaum pompuan terutama makcik makcik! apa nak jadi ni? gila ka?

Mr Green

Wednesday, October 8, 2008

BLAH

kemaskini 4:40pm

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan penting yang ditunggu-tunggu - melepaskan jawatan nombor satu Umno enam bulan lagi apabila tidak bersedia bertanding dalam pemilihan parti itu Mac tahun depan.


Beliau juga akan melepaskan jawatan perdana menteri dan menyerahkan kuasa kepada timbalannya pada Mac apabila Datuk Seri Najib Razak dijangka dipilih sebagai presiden baru parti itu.

Berita Sepenuhnya di SINI

TOLAK

Oct 8, 08 2:54pm

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan pihak pendakwa dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen untuk mendengar merit permohonan pendakwa bagi memindahkan kes tersebut ke mahkamah lebih tinggi.

Pihak pendakwa memfailkan permohonan tersebut semalam untuk menyemak keputusan Hakim Mahkamah Sesyen SM Komathy Suppiah yang telah menolak bantahan mereka berhubung pendengaran permohonan memindahkan kes liwat Anwar itu ke mahkamah lebih tinggi.

Komathy telah memutuskan, beliau mempunyai budibicara untuk mendengar hujah-hujah berhubung bantahan peguambela yang mempersoalkan kesahihan sijil dari pihak pendakwa untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.


Berita Sepenuhnya Di SINI